Kursus Adobe Photoshop & Illustrator Untuk Tenaga Pengajar IKTBN Temerloh

Selepas selesai kursus di UMT, Kuala Terengganu, kami turun ke Temerloh pula untuk sesi bersama tenaga pengajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh.

Info Kursus

Dua Hari Di IKTBN Temerloh

Ini adalah pengalaman pertama pengajar, Imran Abdul Jabar mengajar di mana-mana IKTBN. IKTBN Temerloh menawarkan bidang kemahiran kejuruteraan automotif dan sukan permotoran 4WD sebagai bidang utama. Di samping itu, ia juga menawarkan kejuruteraan pembungkusan.

Diploma yang ditawarkan dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Pembungkusan

Respons Peserta Yang Baik

Dengan semangat set komputer yang baru dalam makmal komputer, tenaga pengajar dan staf yang hadir ke kursus ini memberi respons yang baik dalam kursus. Perkongsian teknik terkini yang lebih memudahkan kerja diharap dapat meningkatkan efisiensi kerja dan kaedah pengajaran mereka.

Walau bagaimanapun, dua hari nak kongsi dua software – Photoshop dan Illustrator, tak cukup masa. Kalau dapat 3 hari per software baru selesa sikit dan ‘pickup’ kemahiran asas dengan banyak contoh latihan yang boleh dibuat dalam sesi kursus.

Tapi, apapun, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Semoga dapat diturunkan ilmu yang baik ini kepada para pelajar IKTBN Temerloh.

Kami sudi berkongsi lagi jika diberi peluang. Semoga berjumpa lagi di IKTBN Temerloh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *