Kursus Reka Montaj Video: Adobe After Effects @ MPOB

  • Tajuk: Kursus Reka Montaj Video: Adobe After Effects – Tahap 1
  • Tarikh: 5-7hb Ogos 2019
  • Tempat: Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB
  • Peserta: 10 orang staf MPOB
Kursus ini berlangsung selama 3 hari di Pusat Latihan MPOB. Peserta terdiri daripada kakitangan dari kalangan pereka grafik, video editor dan juruvideo. Rata-rata peserta yang hadir pernah menggunakan software ini tetapi hanya sekadar mengolah template AE (Adobe After Effects) yang diperolehi dari internet. Hasil perkongsian mantap dari sifoo Mohd Adli, peserta kini dapat mendalami tools & fungsi yang berkaitan dalam penghasilan montaj yang berkualiti. Soalan & permasalahan yang timbul sebelum ini dapat dirungkaikan dengan jelas dan mudah.
Kesungguhan tenaga pengajar ketika memberikan penerangan
Memberikan pencerahan terus kepada timeline artwork peserta

Tenaga pengajar akan memantau file peserta untuk mengenalpasti sebarang kekeliruan ketika sesi perkongsian. Ini bertujuan untuk mengelakkan peserta tidak tersalah langkah semasa mengendalikan artwork serpertimana yang telah dikongsikan. 

Apa Yang Peserta Belajar?

  • mempelajari bagaimana buat folder melalui scene composition.
  • mengendalikan ‘simple masking’ tidak perlu pergi ke software lain untuk membuat cropping.
  • mengendalikan camera angle & camera move
  • menyusun gambar untuk di animasikan
  • memberikan rentak kepada pergerakan animasi agar tidak kelihatan terlalu linear
  • mengengendalikan parallax control

Rumusan Kursus

Peserta dapat mendalami fungsi-fungsi yang ada dengan lebih terperinci. Tidak hanya bergantung kepada templete semata-mata. Kursus yang dikendalikan dengan santai, secara lansung dapat mengurangkan tekanan kepada para peserta untuk lebih fokus. Perkongsian yang bersahaja membuatkan peserta tidak teragak-agak untuk bertanya sekiranya ada kekeliruan pada topik yang sedang dikongsikan.

Peserta kini mampu berkongsi di antara peserta yang lain sekiranya tertinggal di dalam kelas. Ini penting untuk masa akan datang, kerana peserta dapatlah buat ulangkaji andai ada kekeliruan semasa menguruskan sesuatu projek. Praktikal untuk saling mengingatkan. Jelas mereka semakin faham menguruskan software ini. 

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Faham adalah lebih baik dari hanya sekadar mengetahui.

 

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top