Reka Infografik & ePoster: MS PowerPoint @ MITI

  • Tajuk: Reka Infografik & ePoster: MS PowerPoint
  • Tarikh: 5-7hb Mac 2019
  • Tempat: Ministry of International Trade and Industry
  • Peserta: 22 staf MITI
  • Tenaga Pengajar: Cikgu Haziq Hissham
  • Pembantu: Muhammad Syafiq Azman
3 hari bersama staff MITI untuk Reka Infografik & ePoster menggunakan MS PowerPoint. Suasana kursus yang kondusif membantu para peserta untuk lebih konsentrasi sepanjang proses pembelajaran. Sepanjang kursus ini, peserta dikehendaki untuk menghasilkan sendiri design, mengikut panduan sifoo. Pada awalnya, peserta kelihatan tidak yakin untuk dapat menghasilkan sebagaimana contoh yang diberikan. Itulah yang menjadikan kursus ini lebih menarik apabila, para peserta secara perlahan dapat menguasai teknik-teknik yang diajarkan oleh sifoo Haziq. Sedar tak sedar, mereka semua dapat menghasilkan design yang sama seperti contoh yang diberikan dengan jayanya. Para peserta kelihatan teruja dan gembira apabila melihat hasil dari apa yang mereka lakukan. Pop Quiz ada diselitkan untuk menguji ilmu yang dimiliki peserta. Ternyata, hasil dari pop quiz pertama di awal kursus, sudah jauh lebih baik daripada pop quiz yang sama sebelum kursus berakhir. Ini menunjukkan, mereka memperolehi ilmu yang baharu dengan hasil pop quiz yang jauh lebih baik dari awalnya
Peserta kelihatan fokus dan seronok bertanya dengan sifoo

Komitmen yang diberikan oleh para peserta sangat baik. Mereka tidak segan untuk bertanya dan bertanya lagi. Inilah yang memberikan kepuasan buat team sifoodotcom membantu lebih banyak buat para peserta.

Lebih menarik, walaupun kursus ini fokus untuk mengolah design menggunakan MS Power Point, kami dedahkan juga asas design dan susun ataur yang baik, pemilihan warna, dan banyak lagilah selingan yang membuatkan para peserta terpaksa seronok dan teruja mengetahui benda-benda teori berkaitan design sebelum dipraktikkan.

Urus setia bengkel Pn Fariza turut membantu perjalanan kursus ini dari segi pemantauan kehadiran, makan dan minum para peserta, dan kelengkapan untuk team sifoo mengajar. Terima kasih diucapkan.

Makan dan minum yang sedap adalah bonus sepanjang kursus berjalan. 🙂

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Menghasilkan ePoster yang menarik menggunakan MS Power Point
  • Menghasilkan Infografik yang menarik dan berkualiti
  • Memahami teori dan praktikal asas design dan susun atur grafik
  • Hasilkan ilustrasi simbol/ikon dengan mudah menggunakan bentuk asas
  • Mengetahui sumber-sumber rujukan untuk membantu mereka menghasilkan design yang baik

Rumusan Kursus

Keseluruhan kursus berjalan dengan lancar, dan berjaya menyampaikan segala topik yang telah ditetapkan di dalam modul kali ini.

Modul juga diberikan kepada para peserta, untuk menjadi bahan ulangkaji mereka sekiranya terlupa atau terlepas pandang dalam kelas.

Team sifoodotcom sangat berpuas hati dengan komitmen dan keaktifan para peserta dari MITI kali ini. Semoga bertemu lagi pada masa yang akan datang, untuk pelbagai jenis bengkel atau program yang akan dijalankan.

Foto Sekitar Kursus

Contoh Hasil Design Beberapa Peserta

Contoh Hasil Design Sifoo

Ini contoh ilustrasi yang dibuat menggunakan MS Power oleh sifoo. Hanya menggunakan bentuk asas yang ada di dalam MS Power Point seperti yang telah diajarkan dalam bengkel kali ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top