Kursus Suntingan Video: Adobe Premiere Pro @SUKJ

  • Tajuk: Kursus Suntingan Video – Adobe Premiere Pro
  • Tarikh: 6-8hb Ogos 2019
  • Tempat: SUKJ Bahagian Sains, Teknologi & ICT Nusajaya, Johor 
  • Peserta: 12 staf dari pelbagai Jabatan di Negeri Johor
  • Pengajar: Syamiroul Azizi Bin Samsuri
  • Pembantu: Ahmad Hafizuddin Mohamad Ali

Alhamdulillah, selesai sudah 3 hari pembelajaran dan perkongsian tips/teknik suntingan video menggunakan perisian Adobe Premiere Pro di SUKJ Bahagian Sains, Teknologi & ICT Nusajaya, Johor.

Peserta diberi kuiz terlebih dahulu sebelum didedahkan dengan asas suntingan video. Kemudian sepanjang kursus ini, peserta dikehendaki menyunting video sendiri mengikut panduan sifoo. Hasil dari kuiz pertama akan dibandingkan dengan kuiz kedua di akhir kursus. Ternyata, keputusan meningkat dari 45% kepada 78%. Peningkatan ini menunjukkan bahawa mereka telah peroleh ilmu yang baru.

Video di atas adalah contoh-contoh teknik efek dan transition yang boleh dihasilkan menggunakan perisian Adobe Premiere Pro sepanjang kursus ini.

Apa Yang Peserta Belajar?

Dengan menggunakan bahan/media/rakaman video yang diberi, peserta dikehendaki menyunting klip-klip video dengan menggunakan teknik: 

  • Arrange Clip – Susun atur klip mengikut skrip/storyboard, 
  • Trimming – Membuang bahagian-bahagian dalam klip yang tidak diingini
  • Add/Adjust Audio – Menambah atau mengubah audio/musik dalam klip
  • Add Title – Menambah teks Title, Subtitle dan Lower Third
  • Add Transition – Membuat transition daripada sumber video tertentu.
  • Export klip – Mengeksport fail menjadi satu format video. 

Rumusan Kursus

Sepanjang kursus ini pelbagai soalan diajukan kepada sifoo mengenai teknik-teknik suntingan dalam Premiere Pro. Antaranya:

Cikgu, macam mana nak buat transition macam ni? (Sifoo diberi satu contoh transition dari Youtube.)

Macam mana nak buat video mengikut beat music background?

Banyak juga soalan yang dikemukakan dan alhamdulillah semuanya terjawab. Selain daripada suntingan, sempat juga kami kongsikan antara teknik-teknik rakaman yang betul bagi menghasilkan video yang lebih menarik. 

Terima kasih kepada semua peserta di atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus ini. Semoga ilmu serta tunjuk ajar dapat dipraktikkan dan dikongsikan bersama yang lain. Tahniah dan syabas dari kami team #sifoodotcom. Jumpa lagi!!!

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top