Kursus Smartphone Photography & Styling @ ILD UiTM

  • Tajuk: Kursus Smartphone Photography & Styling
  • Tarikh: 19 – 20 Ogos 2019
  • Tempat: Bilik Sarana 3, ILD UiTM Bandar Enstek, Negeri Sembilan
  • Peserta: 33 staf UiTM
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar & Sharmine Md Zin
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Bin Samsuri

Selama 2 hari #sifoodotcom berada di ILD UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi mengendalikan kursus Smartphone Photography & Styling.

Hari Pertama- Seramai 33 orang peserta terdiri daripada staf UiTM dari pelbagai negeri yang menghadiri kursus ini. Seperti biasa, peserta akan diuji tahap pengetahuan dan kefahaman mengenai teknik asas fotografi dan seni komposisi. Secara keseluruhan hampir 70% soalan dijawab dengan betul oleh peserta. 

Peserta ditugaskan untuk melakukan aktiviti merakam foto selepas didedahkan dengan teknik-teknik yang betul semasa merakam foto. Dan pada sesi petang pula, mereka akan menyunting hasil rakaman foto menggunakan aplikasi percuma iaitu Adobe Spark Post yang dikendalikan oleh cikgu Imran Abdul Jabar.

Peserta mengambil gambar menggunakan teknik Dark Photography

Hari Kedua- Pada sesi pagi peserta didedahkan dengan teknik baru iaitu Flatlay Professional Styling yang dikendalikan oleh cikgu Sharmine Md Zain. Setelah diberikan tunjuk ajar, peserta sendiri akan menyusun bahan-bahan dan merakam foto secara berkumpulan. 

Sempat juga kami team #sifoodotcom memperkenalkan teknik-teknik yang trending iaitu Dark Photgraphy dan Slow-Mo.

 

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas Fotografi
  • Seni Komposisi
  • Aplikasi Suntingan Foto
  • Flatlay Professional Styling
  • Dark Photography
  • Slow-Mo (Trending)

Rumusan Kursus

Terima kasih kepada semua peserta di atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus ini. Semoga ilmu serta tunjuk ajar dapat dipraktikkan dan dikongsikan bersama yang lain. Tahniah dan syabas dari kami team #sifoodotcom. Jumpa lagi!!!

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top