Kursus Smartphone Videography @ JPN

  • Tajuk: Kursus Smartphone Videografi
  • Tarikh: 20 – 22 Ogos 2019
  • Tempat: Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya
  • Peserta: 40 staf JPN
  • Pengajar: Fadly Hj Halim
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri

Sekali lagi team #sifoodotcom dijemput ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengendalikan kursus yang trending masa kini iaitu Kursus Smartphone Videografi. Peserta yang hadir kali ini adalah daripada staf JPN dari pelbagai negeri. 

Setelah selesai sesi pengenalan, peserta terus diuji dengan pop kuiz yang dibuat khas bagi kursus ini. Ternyata ramai yang mempunyai asas videografi berdasarkan keputusan pop kuiz tersebut. Kami tidak sabar ingin menunggu hasil rakaman dan suntingan video dari peserta kursus kali ini.

Sesi pembentangan hasil dari peserta kursus

Atas permintaan peserta kursus, kami membuat demo mengenai setiap teknik, angle shot dan pelbagai lagi teknik supaya peserta dapat menerima ilmu atau tips-tips dengan lebih mudah. Di hari kedua mereka diberikan tugasan merakam satu cerita pendek yang berdurasi tidak lebih dari 2 minit. Video yang telah siap akan dihantar dan Cikgu Fadly akan mengulas satu persatu teknik yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Kerana kesuntukan masa, di hari ketiga peserta diberi satu lagi tugasan iaitu video temuramah. Ternyata hasil video tugasan kedua lebih baik kerana hasil tunjuk ajar dan komen yang diberi pada tugasan pertama digunakan oleh semua peserta. 

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Seni Komposisi
  • Camera Movement
  • Kenali tetapan video di smartphone
  • Aplikasi percuma untuk suntingan video
  • Menyunting video menggunakan smartphone
  • Render/Export to .mp4
  • Publish to Social Media

Rumusan Kursus

Alhamdulillah selesai sudah kursus selama 2.5 hari bersama peserta di JPN. Terima kasih yang tidak terhingga kami team #sifoodotcom ucapkan ke atas kerjasama yang diberikan oleh peserta dan urusetiabagi menjayakan kursus ini. 

Di akhir kursus, sempat kami menilai semula penerimaan peserta dengan menjawab semula kuiz, dan hasilnya terdapat 5 orang peserta dapat menjawab  semua soalan dengan betul. Syabas dan tahniah team #sifoodotcom ucapkan. Kami harap ilmu yang dikongsi selama 2.5 hari ini dapat digunakan sebaiknya oleh peserta dan sehingga kita bertemu lagi kelak.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top