Reka Infografik & ePoster: MS PowerPoint @ AADK

  • Tajuk: Reka Infografik & ePoster Menggunakan MS PowerPoint
  • Tarikh: 25 Ogos 2019
  • Tempat: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sg Petani, Kedah
  • Peserta: 40 staf AADK
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri

Kali ini #sifoodotcom dijemput ke AADK di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Sg Petani, Kedah untuk berkongsi ilmu dalam kursus Reka Infografik & ePoster menggunakan Microsoft PowerPoint.

Dari Kuala Lumpur kami ke AADK, Sg Petani menaiki ETS yang mengambil masa hampir 5 Jam. Ramai yang bertanya, kenapa naik ETS? Jawapan dia, boleh lah rehat naik ETS dan tidak lah merasa kepenatan memandu. Kami sampai di AADK lebih kurang jam 4 petang pada hari Sabtu, 24 Ogos 2019.

Besok nya kursus bermula pada jam 8.30 pagi, seramai 40 orang staff AADK yang mengikuti kursus ini. Kami hanya diberikan masa satu hari untuk berkongsikan teknik dan tips menghasilkan infografik menggunakan PowerPoint. Ternyata masa yang diberikan memang singkat, tapi kami cuba sehabis baik supaya objektif kursus tercapai.

Hasil Infografik dari peserta kursus

Sepanjang kursus ini pelbagai soalan diajukan kepada sifoo dan ada juga yang mengadu:

Bestnya kursus ni, tapi kenapa sehari? 

Kami hanya mampu tersenyum dan menjawab bukan kami yang tentukan. Tapi lepas kursus ini tuan/puan boleh ikuti page facebook kami. #sifoodotcom ada kongsikan banyak tutorial, teknik dan tips di page facebook kami. Jangan segan silu untuk bertanya nanti.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Sumber percuma dari Internet
  • Tetapan saiz layout dalam PowerPoint
  • Pemilihan warna dan font
  • Langkah-langkah yang berkesan dalam menghasilkan Infografik
  • Melukis objek menggunakan kaedah Merge Shape

Rumusan Kursus

Alhamdulillah, walaupun masa kursus yang diberikan sangat singkat iaitu sehari, objektif kursus tercapai dengan hasil yang ditunjukkan oleh peserta. Syabas dan tahniah kepada peserta kursus kali ini. Namun, jika diberi lagi sehari semestinya banyak lagi tips dan teknik yang ingin kami kongsikan. 

Terima kasih diucapkan kepada peserta di atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus dijalankan. Tidak lupa juga kepada urusetia yang menjemput dan memberikan layanan yang baik kepada kami team #sifoodotcom. Semoga ilmu yang diberikan dapat dipraktikkan dan sampai kita bertemu lagi di masa akan datang.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *