Bengkel Infografik sebagai Bahan Hebahan dan Promosi: MS PowerPoint @ EiMAS

  • Tajuk: Bengkel Infografik sebagai Bahan Hebahan dan Promosi: MS PowerPoint
  • Tarikh: 10-12 September 2019
  • Tempat: Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS), Bangi
  • Peserta: 20 staf Jabatan Alam Sekitar
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri

Jika sebut pasal Miscrosoft PowerPoint, tentu ramai yang teringat slide presentatiom. Ya, memang dulu kalau kita ingin persembahkan tajuk atau point yang power, kita akan menggunakan PowerPoint. Tapi, tahukah anda dengan keluaran versi terbaru MS PowerPoint anda juga boleh menghasilkan infografik dan poster yang kreatif.

Team #sifoodotcom dijemput menjadi tenaga pengajar di Insitut Alam Sekitar (EiMAS), Bangi untuk berkongsi teknik dan cara untuk menghasilkan infografik/poster yang menarik dengan peserta non-designer iaitu selama 3 hari. 

Di awal kelas, peserta didedahkan dengan sumber percuma untuk mendapatkan imej, ikon, ilustrasi, vektor, font dan banyak lagi secara percuma. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan teknik-teknik dan pemilihan warna atau font yang sesuai untuk menghasilkan infografik/poster yang berkesan dan menarik.

Rujukan Latihan Infografik

Kemudian dengan panduan yang diberikan oleh cikgu Imran Abdul Jabar,peserta diminta untuk menghasilkan beberapa poster dan infografik. 

Seiring dengan isu semasa di negara kita iaitu musim jerebu yang teruk, kami team #sifoodotcom fokus kepada infografik mengenai Tips Jaga Kesihatan di Musim Jerebu. Secara tak langsung ia dapat membantu staf Jabatan Alam Sekitar untuk menghasilkan infografik  yang lebih menarik dan berkesan dengan hanya menggunakan MS PowerPoint.

Rujukan Latihan Poster

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Cara setting layout
  • Penggunaan dan susunan ruang layout
  • Memilih jenis font yang sesuai
  • Memilih kombinasi tema warna
  • Menentukan jenis visual infografik yang bersesuaian
  • Mengeksport untuk kegunaan media sosial atau presentation

Rumusan Kursus

Alhamdulillah, respons peserta sangat baik. Ramai yang teruja dan tak sangka PowerPoint mampu digunakan untuk menghasilkan poster grafik yang menarik dan berkualiti. 

Semoga sesi ini memberi manfaat kepada peningkatan kemahiran reka grafik

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *