Kursus Reka Montaj Video: After Effect @ SUK Johor

  • Tajuk: Reka Montaj Video Menggunakan Adobe After Effect
  • Tarikh: 17-19hb September 2019
  • Tempat: SUKJ Bahagian Sains, Teknologi & ICT Negeri Johor, Kota Iskandar
  • Peserta: 8 staf pelbagai jabatan Negeri Johor
  • Pengajar: Syamiroul Azizi Bin Samsuri
  • Pembantu: Haafiz Aliy

Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari dan disertai oleh 8 orang staf kerajaan Negeri Johor daripada pelbagai jabatan.

Di awal sesi latihan, para peserta telah diberi beberapa soalan kuiz. Hasil dari kuiz yang dijalankan, didapati rata-rata para peserta memiliki tahap penguasaan yang rendah. Oleh yang demikian, tenaga pengajar telah mengambil inisiatif untuk memberikan perhatian yang lebih kepada setiap peserta supaya mereka dapat mengikuti semua langkah dengan baik.

Trainer memastikan perserta dapat mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan.

Disebabkan terdapat beberapa peserta kursus yang agak ketinggalan,  pengajar telah membantu memeriksa setiap langkah yang telah dibuat supaya hasil video yang direka telah mengikut panduan yang telah diberi. Pengajar juga telah cuba menjawab sebaik mungkin setiap persoalan yang dibangkitkan semasa kursus berlangsung.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • mengetahui fungsi setiap panel yang ada.
  • mempelajari bagaimana mengimport dan menguruskan file/folder
  • tahu cara menggunakan dan mengawal ‘timeline’ dengan baik.
  • menetapkan mode 3D dan mengawal pergerakan ‘camera’.
  • mempelajari teknik ‘masking’, ‘blending mode’ dan ‘track matte’.
  • mengengendalikan ‘parallax control’.
  • mengetahui cara render, jenis-jenis format video dan kegunaannya.

Rumusan Kursus

Hasil panduan dan tunjuk ajar yang jelas, setiap peserta telah mampu mengaplikasikan setiap teknik dan trik, serta berjaya menyiapkan sekurang-kuranya 4 projek video sebelum menamatkan kursus.

Di akhir kursus, para peserta sekali lagi diberikan beberapa soalan kuiz untuk menguji tahap pemahaman mereka. Hasilnya, kadar penguasaan mereka didapati telah meningkat sebanyak 63% berbanding hasil keputusan kuiz pertama yang telah dijalankan di awal kursus.

Dengan berbekalkan perkongsian yang telah diberi, diharap para peserta akan mampu menghasilkan video yang lebih meyakinkan sekaligus dapat  menyampaikan mesej jabatan masing-masing dengan lebih baik.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *