Kursus Pengendalian e-Poster & Infografik: MS PowerPoint

  • Tajuk: Pengendalian e-Poster & Infografik Menggunakan MS PowerPoint
  • Tarikh: 18-20hb September 2019
  • Tempat: Makmal Ujian dan Pengajaran Psikologi 3, Fakulti Psikologi & Pendidikan, Blok Psikologi, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Peserta: 25 staf Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
  • Pengajar: Haziq Hissham
  • Pembantu: Muhammad Syafiq Azman

Sepanjang 3 hari sebahagian team #sifoodotcom berkampung di Kota Kinabalu, Sabah untuk menjayakan kursus “Pengendalian e-Poster & Infografik Menggunakan MS PowerPoint” yang dihadiri 25 peserta dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Menarik berkaitan kursus seperti ini, kami akan tunjukkan kepada peserta, apakah hasil design yang akan mereka buat sepanjang kursus ini dan reaksi mereka pasti terkejut dan tidak yakin. Iya, itulah respon yang biasa kami terima. 

Tetapi kami yakinkan mereka, dengan mengikuti setiap topik-topik yang akan mereka pelajari, mereka boleh hasilkan poster seperti contoh yang kami tunjukkan dengan sendiri.

 

Rujukan Latihan Infografik
Rujukan Latihan e-Poster
Rujukan Latihan e-Poster

Para peserta sangat seronok dan bersemangat sepanjang kursus. Mereka tidak segan bertanya membuatkan Cikgu Haziq makin rancak berkongsikan tip-tip yang lain.

Para peserta juga kelihatan sangat peka dan serius dengan sentiasa menyalin nota-nota di buku dengan apa yang Cikgu Haziq kongsikan. Syabas para peserta yang produktif dan bertenaga.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Cara setting layout
  • Penggunaan dan susunan ruang layout
  • Memilih jenis font yang sesuai
  • Memilih kombinasi tema warna
  • Menentukan jenis visual infografik yang bersesuaian
  • Mengeksport untuk kegunaan media sosial atau presentation

Rumusan Kursus

Sebagai rumusan, kami dapati setiap peserta sudah mula terbiasa dengan segala fungsi yang ada di MS PowerPoint. Malah, ada yang sangat seronok sehingga sanggup bawa makanan rehat minum pagi dan petang ke dalam kelas semata-mata ingin mendalami dengan lebih lagi MS PowerPoint walaupun santai-santai rehat.

Kami harapkan agar para peserta boleh terus praktikkan di tempat kerja masing-masing dan menghasilkan lebih banyak e-Poster dan Infografik yang bermanfaat dan pastinya, dengan design yang lebih menarik dan profesional.

Terima Kasih juga kami ucapkan kepada urusetia kursus Encik John Raymond Achon yang sentiasa peka dengan segala kelengkapan dan keselesaan para peserta, dan juga makan minum mereka.

Insyaallah, semoga kita bertemu lagi dalam waktu-waktu yang akan datang, dengan topik-topik yang lebih menarik.

Foto Sekitar Kursus

Antara Hasil Peserta Kursus

Video Sepanjang Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *