Kursus Smartphone Photography & Videography @ Acappella Suites & Hotel, Shah Alam – FAMA

  • Tajuk: Kursus Smartphone Photography & Videography
  • Tarikh: 21-22hb September 2019
  • Penganjur: Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundingan (FAMA)
  • Tempat: Acappella Suites & Hotel, Shah Alam, Selangor
  • Peserta: 60 Usahawan 
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar, Sharmine Md Zin & Fadly Hj Halim
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri, Abu Bakar Mohd Tajudin, Haziq Hissham & Muhammad Syafiq Azman

Hujung minggu yang lalu, kami team #sifoodotcom selesai mengendalikan kursus Smartphone Photography & Videography anjuran FAMA pada 21-22 September di Acappella Suites & Hotel, Shah Alam. Seramai 60 peserta hadir yang terdiri daripada usahawan dari sekitar Lembah Klang.

Di hari pertama iaitu Smartphone Photography, peserta mula dengan mengenali smartphone masing-masing sebelum ke sesi Food Styling. Kemudian peserta didedahkan dengan teknik-teknik dan tips yang perlu ada untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. 

Pada hari kedua pula peserta mempelajari teknik pergerakan kamera dan sudut-sudut yang menarik untuk merakam video. Bagi suntingan video pula, mereka menggunakan aplikasi Quik dan Vlogit yang boleh didapatkan di Play Store dan App Store.

Sesi rakaman foto oleh cikgu Sharmine Md Zin
Sesi suntingan video menggunakan aplikasi Quik
Rujukan Hasil Flatlay

Apa Yang Peserta Belajar?

Smartphone Photography

Smartphone Photography

  • Asas Fotografi
  • Seni Komposisi
  • Aplikasi Suntingan Foto
  • Flatlay Professional Styling
  • Slow-Mo (Trending)

Smartphone Videography

  • Camera Movement & Angle
  • Kenali tetapan video di smartphone
  • Aplikasi percuma untuk suntingan video
  • Menyunting video menggunakan smartphone
  • Render/Export to .mp4
  • Publish to Social Media

Rumusan Kursus

Klik link di bawah untuk lihat- Apa Kata Mereka Tentang #SIFOODOTCOM???

Video ini adalah temubual secara spontan kepada para peserta semasa kursus ini sedang berlangsung. 

Semoga ilmu yang dikongsi dapat digunakan sepenuhnya untuk perniagaan masing-masing. Sehingga kita berjumpa lagi…

Foto Sekitar Kursus

Video Sepanjang Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *