Bengkel Grafik: Adobe Illustrator Zero

  • Tajuk: Bengkel Grafik Adobe Illustrator Zero
  • Tarikh: 28 September 2019
  • Tempat: Sifoo Art & Multimedia Training Center, Jalan Tasik Utama 6, 570 Kuala Lumpur
  • Peserta: 22
  • Pengajar: Cikgu Haziq Hissham
  • Pembantu: Muhammad Syafiq Azman 

Menarik di #SIFOODOTCOM dalam Bengkel Hujung Minggu (BHM) kali ini adalah, bengkel pengenalan kepada Adobe Illustrator yang dibuka kepada penyertaan awam dengan yuran hanya RM30 SAHAJA.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada sesiapapun yang belum pernah menggunakan Adobe Illustrator, atau yang hanya sekadar belajar sendiri sahaja. 

Jadi, kami adakan bengkel zero ini, untuk memberikan pendedahan awal, cara-cara menggunakan software ini.

Peserta kelihatan sungguh tekun sepanjang bengkel bersama Cikgu Haziq Hissham. Bengkel ini diadakan selama 5 jam tanpa henti, sekadar rehat “take five” sahaja untuk memastikan, banyak perkara kami dapat kongsikan dalam sesi yang singkat ini.

 

Peserta kelihatan sungguh tekun dengan perkongsian Cikgu Haziq

Alhamdulillah, dalam siri ini, kami manfaatkan sebaik mungkin untuk para peserta mendengar segala ilmu asas yang perlu ada, dan lebih menarik, mereka juga diajar secara praktikal terus di software tersebut.

Kami melihat ramai peserta yang sangat kreatif dan senang untuk menghasilkan hasil design mereka yang pertama dengan kemas dan jayanya.

 

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Pengenalan kepada interface software

  • Pengenalan fungsi Layers

  •  Pengelan kepada Tools

  • Pendedahan asas gabungan bentuk

  • Pendedahan Shortcut Key

  • Manfaatkan Sumber Rujukan & Inspirasi Percuma

Rumusan Kursus

Syukur dan tahniah buat semua peserta yang telah berjaya untuk hadir ke sesi pada kali ini. Semoga bertemu lagi pada sesi yang akan datang dengan fokus yang lebih menarik untuk tingkatkan kemahiran yang sedia ada. 🙂

Foto Sekitar Kursus

Antara Hasil Peserta

Pendapat Peserta Berkaitan Bengkel

Terima Kasih kepada para peserta yang aktif memberikan review yang baik kepada kami ke khalayak umum. Pendapat baik atau kurang baik, akan kami manfaatkan untuk hasil bengkel yang lebih baik pada tempoh yang akan datang, insyallah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *