Kursus Reka Montaj Video: After Effects (Tahap 1)

  • Tajuk: Reka Montaj Video: After Effects (Tahap 1)
  • Tarikh: 7-10hb Oktober 2019
  • Tempat: Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak
  • Peserta: 24 Orang
  • Pengajar: Mohd Adli Abdl Rahman
  • Pembantu: Muhammad Syafiq Azman

Minggu ini, sebahagian team #sifoodotcom berada di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) untuk Kursus Reka Montaj Video menggunakan Adobe After Effects selama 4 hari dari 7 ke 8 Oktober baru-baru ini.

Alhamdulillah, pembawaan kaedah belajar yang baharu daripada Sifoo Adli sangat memudahkan lagi sesi pembelajaran perisian ini. Peserta juga penuh dengan aktiviti praktikal untuk memastikan setiap topik yang diajar, diaplikasi secara terus oleh semua.

Tahniah kami ucapkan kepada semua peserta kerana penuh dengan semangat sepanjang kursus berlangsung.

Dari depan ke belakang, Sifoo Adli bantu para peserta yang bertanya

Walaupun ada dalam kalangan peserta yang bermula daripada zero pengetahuan dengan perisian ini, peserta dilihat begitu teruja untuk mempelajari dan mencuba teknik yang diajarkan.

Tempoh program yang kebiasaannya dibuat selama 3 hari, tetapi kali ini 4 hari, sangat berbaloi dan membuahkan hasil kepada para peserta. Mana tidaknya, Sifo Adli berpeluang untuk berkongsi banyak tips dan teknik tampahan yang luar daripada modul yang ada.

Walaupun banyak perkara baharu yang dikongsikan oleh Sifoo Adli, para peserta dapat ikuti dengan baik kerana energi dan keterujaan yang ada pada mereka. Sekalipun ada beberapa peserta yang terlepas topik yang diajar, kami mengambil sedikit masa untuk memastikan yang terlepas pandang dapat kembali apa yang telah dikongsikan.

Sifoo Syafiq Azman sebagai pembantu juga turut membantu Sifoo Adli untuk membantu sebarang pertanyaan para peserta.

Bagus dan sangat baik para peserta tidak segan untuk bertanya. Ada yang begitu aktif mencatat apa yang disampaikan dalam buku catatan yang disediakan. Alhamdulillah.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas After Effects
  • Panel, Composition, Layer & Transform
  • Keyframe – Overview
  • Precomp
  • Orientation
  • Graph Editor
  • Camera & Depth Field
  • AEasy Panel
  • Mask to Layer
  • Reposition Anchor Point
  • Stragger Selected Layers
  • Mask Images
  • Cut Sliding
  • Mask Stroke
  • Custom Transition
  • Split Screen
  • Render Project 

Rumusan Kursus

Akhir kata, ribuan terima kasih kepada urusetia kursus, Puan Melati yang membantu melancarkan sebarang keperluan peserta sepanjang kursus. Memantau sesi kursus, makan minum para peserta dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak-banyak atas pengurusan yang baik oleh Puan Melati sepanjang program.

Semoga para peserta terus berjaya dan produktif dalam kerjaya masing-masing. Yang penting, jangan segan bertanya dengan pihak kami berkaitan kursus tempoh hari pada perkara yang berkaitan.

Insyaallah, jumpa lagi pada sesi yang akan datang.:)

Foto Sekitar Kursus

Video Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *