Kursus Smartphone Photography & Styling @ SUK Johor

  • Tajuk: Kursus Smartphone Photography & Styling
  • Tarikh: 15-16 Oktober 2019
  • Tempat: SUKJ Bahagian Sains, Teknologi & ICT Nusajaya, Johor 
  • Peserta: 10 staf dari pelbagai Jabatan di Negeri Johor
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar & Sharmine Md Zin
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Bin Samsuri, Haafiz Aliy

Selama 2 hari team #sifoodotcom berada di SUK, Johor bagi mengendalikan kursus Smartphone Photography & Styling.  Sesi kedua kursus ini dihadiri dengan seramai 10 orang yang terdiri daripada staf dari pelbagai jabatan di negeri Johor.

Hari Pertama- Peserta diperkenalkan dengan asas fotografi dan seni komposisi pada sesi pagi. Mereka juga didedahkan dengan kelebihan dan kelemahan merakam gambar menggunakan smartphone.  Peserta ditugaskan untuk melakukan aktiviti merakam foto selepas didedahkan dengan teknik-teknik yang betul semasa merakam foto. 

Dan pada sesi petang pula, mereka akan menyunting hasil rakaman foto menggunakan aplikasi percuma iaitu Snapseed dan Adobe Spark Post yang dikendalikan oleh cikgu Imran Abdul Jabar.

Gambar Menarik (Contoh Menarik Oleh Trainer)

Hari Kedua- Pada sesi pagi peserta didedahkan dengan teknik baru iaitu Flatlay Professional Styling yang dikendalikan oleh cikgu Sharmine Md Zain. Setelah diberikan tunjuk ajar, peserta sendiri menyusun bahan-bahan dan merakam foto secara berkumpulan. 

Sempat juga kami team #sifoodotcom memperkenalkan teknik-teknik yang trending iaitu Dark Photgraphy dan Slow-Mo.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas Fotografi
  • Seni Komposisi
  • Aplikasi Suntingan Foto
  • Flatlay Professional Styling
  • Dark Photography
  • Slow-Mo (Trending)

Rumusan Kursus

Terima kasih kepada semua peserta di atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus . Semoga ilmu serta tunjuk ajar dapat dipraktikkan dan dikongsikan bersama yang lain. Tahniah dan syabas team #sifoodotcom ucapkan. Namun kursus kali ini adalah yang terakhir bagi tahun ini dikendalikan oleh #sifoodotcom di SUK, Johor. Harap kita jumpa lagi tahun ddepan ya! Jumpa lagi!!!

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top