Kursus Penjenamaan Perniagaan (MDEC+PeDAS)

  • Tajuk: Kursus Penjenamaan Perniagaan
  • Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2019
  • Tempat: Tech Mahindra ICT Services ( Malaysia ) SDN. BHD, Lot 12122, Persiaran Apec, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
  • Peserta: 23 
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar, Sharmine Md Zin & Lokman Sokran
  • Pembantu: Haziq Hissham & Syafiq Azman
  • Urusetia Kursus: Puan Sabariah & Puan Masliza

Berbeza dari kursus-kursus sebelum ini, kali ini #SIFOODOTCOM dipanggil oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mengendalikan Kursus Penjenamaan Perniagaan. Peserta yang hadir adalah dalam kalangan Trainer MDEC dan Manager Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) .

Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak MDEC atas inisiatif yang sangat hebat ini. Topik penjenmaan adalah sangat luas, namun tidak mustahil dan tidak sukar untuk difahami dengan pendekatan dan kaedah yang betul.

Apatah lagi topik ini sangat penting untuk dihadam oleh semua pihak yang menjalankan perniagaan yang ingin kembangkangkan perniagaan mereka dengan lebih meluas dan baik.

Menerima tanggungjawab ini, kami team #sifoodotcom bertungkus lumus untuk menyediakan modul yang sesuai untuk difahami dan dipraktikkan.

En Imran kelihatan teruja dan bersemangat berkongsi ilmu kepada para peserta

Para peserta sangat aktif bertanya sepanjang kursus. Kami juga tidak lekang dengan aktiviti-aktivi untuk menguji kefahaman yang mereka sudah terima dari topik-topik yang kami ajarkan.

Dapatan kami, para peserta dapat mengikuti setiap topik dengan baik. Mereka malah mengemukakan persoalan yang sangat dekat dengan diri mereka.

Tambahan ilmu berkaitan design packaging untuk produk juga dibawakan memandangkan para peserta sangat-sangat memerlukan pendedahan tersebut daripada kami. Trainer-trainer #sifoodotcom memang cukup berpengalaman dalam menghasilkan design packaging yang berkualiti dan berimpak.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi kepada mereka juga. Semoga ilmu yang dikongsikan, para peserta sebarkan kepada usahawan-usahawan bawah didikan mereka.

 

Apa Yang Peserta Belajar?

Bagaimana hendak mempengaruhi pengguna apabila melihat jenama anda? Apa kepentingan brand identity, visual identity dan brand positioning terhadap perniagaan anda? Di dalam modul ini, peserta akan diperkenalkan kepada jenis-jenis elemen visual identity dan ciri-ciri yang visual identity yang baik. Peserta akan dibimbing dengan langkah-langkah untuk menambah baik visual identity perniagaan seperti logo, palet warna, stail imej, mencipta template, visual branding untuk media sosial, pembungkusan dan lain-lain. Terdapat aktiviti proaktif yang akan peserta lakukan sepanjang bengkel ini bagi mendapatkan kefahaman serta hasil output penjenamaan yang lebih

  • 1. Memahami konsep jenama dan penjenamaan.
  • 2. Memahami kepentingan brand identity, visual identity dan brand positioning terhadap perniagaan.
  • 3. Melaksanakan langkah-langkah untuk menambah baik visual identity perniagaan bagi mendapatkan kefahaman serta hasil output penjenamaan yang lebih berkesan.

Rumusan Kursus

Secara keseluruhannya kami melihat penyertaan dan komitmen yang baik dari para peserta. Mereka benar-benar fokus untuk memahami topik penjenamaan perniagaan ini untuk membantu usahawan-usahwan kecil yang mereka pantau.

Syukur, topik yang besar ini dapat kami sampaikan dengan ringkas sedikit demi sedikit. Semoga banyak yang peserta dapat.

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Sabariah dengan Puan Masliza kerana mengurus dan memantau dengan jayanya segala keperluan peserta sepanjang kursus berlangsung.

Akhir kata, terima kasih kepada semua dan semoga terus sukses dalam bidang kerja masing-masing. Semoga berjumpa lagi di lain waktu. 😉

Antara Topik Yang Peserta Pelajari

Gambar Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *