Kursus Reka Montaj Video: After Effects @ KKHL

  • Tajuk: Reka Montaj Video: After Effects (Tahap 1)
  • Tarikh: 23-25 Oktober 2019
  • Tempat: Kolej Komuniti Hulu Langat
  • Peserta: 13 Orang
  • Pengajar: Mohd Adli Abdl Rahman
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Bin Samsuri

Sekali lagi team #sifoodotcom berada di Kolej Komuniti Hulu Langat untuk Kursus Reka Montaj Video menggunakan Adobe After Effects selama 3 hari dari 29-31 Oktober.

Kali ini dengan tambahan AEasy Script, peserta dapat membuat montaj video dengan lebih mudah dan cepat. Namun peserta masih diberi pendedahan tentang penggunaan keyframe dalam montaj video.

Sesi Latihan menghasilkan Montaj Video- Flash Sale

Walaupun peserta tidak pernah menggunakan perisian ini, mereka begitu teruja untuk mempelajari teknik-teknik yang diajar oleh tenaga pengajar.

Alhamdulillah selama 3 hari, para peserta dapat ikuti dengan baik dalam menghasilkan semua latihan montaj video. Peserta juga tidak segan bertanya sekiranya menghadapi masalah semasa membuat latihan.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas After Effects
  • Panel, Composition, Layer & Transform
  • Keyframe – Overview
  • Precomp
  • Orientation
  • Graph Editor
  • Camera & Depth Field
  • AEasy Panel
  • Mask to Layer
  • Reposition Anchor Point
  • Stragger Selected Layers
  • Mask Images
  • Cut Sliding
  • Mask Stroke
  • Custom Transition
  • Split Screen
  • Render Project 

Rumusan Kursus

Terima kasih kepada ketua program kursus yang membantu melancarkan sebarang keperluan peserta sepanjang kursus. Memantau sesi kursus, makan minum para peserta dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak-banyak atas pengurusan yang baik oleh Puan Fadhlina sepanjang program.

Semoga para peserta terus berjaya dan produktif dalam kerjaya masing-masing. Yang penting, jangan segan bertanya dengan pihak kami berkaitan kursus tempoh hari.

Insyaallah, jumpa lagi pada sesi yang akan datang.:)

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *