Kursus High Impact MS PowerPoint Presentation

  • Tajuk: Kursus High Impact MS PowerPoint Presentation 
  • Tarikh: 6 – 7 November 2019
  • Tempat: Institut Penyelidikan Matematik(INSPEM), UPM Serdang
  • Peserta: 27 staf KKM
  • Pengajar: Haziq Hissham
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Bin Samsuri

Sekali lagi team #sifoodotcom dijemput ke Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM Serdang yang juga dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun kali ini, dengan topik yang sedikit berbeza iaitu kursus High Impact MS Powerpoint Presentation. 

Bagi kursus ini, selain daripada teknik penghasilan slaid yang menarik dan berkesan, peserta juga didedahkan dengan tips-tips penyampaian persembahan slaid powerpoint yang berkesan.

Contoh slaid presentation oleh peserta

Selama 2 hari peserta dilatih dan diperkenalkan dengan teknik yang menarik yang boleh digunakan semasa mereka persembahan slaid PowerPoint oleh tenaga pengajar kami iaitu cikgu Haziq Hissham. Peserta begitu teruja membuat semua latihan yang diberikan selama 2 hari itu.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Memahami slaid yang menarik dan membosankan
  • Penggunaan dan susunan ruang layout
  • Memilih jenis font yang sesuai
  • Memilih kombinasi tema warna
  • Menentukan jenis visual infografik yang bersesuaian
  • Melukis ikon menggunakan PowerPoint
  • Mengeksport untuk kegunaan media sosial atau presentation

Rumusan Kursus

Alhamdulillah kursus selama 2 hari ini berlangsung dengan lancar, peserta amat berpuas hati dengan teknik dan tips-tips yang diberikan. Mereka juga tidak segan untuk bertanya dan meminta tips-tips yang boleh diguna semasa menghasilkan slaid persembahan. 

Semoga ilmu yang disampaikan dapat digunakan dengan sebaiknya dan juga dapat dikongsi kepada yang lain. Semoga kita berjumpa lagi di sesi akan datang.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top