Kursus Mobile Apps Development in Education

  • Tajuk: Mobile Apps Development in Education
  • Tarikh: 11-12 November 2019
  • Tempat: Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
  • Peserta: 23 pensyarah/staf UiTM
  • Pengajar: Muhammad Jafar Darwis
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Bin Samsuri

Selama 2 hari team #sifoodotcom berada di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi kursus Mobile Apps Development in Education. Peserta kali ini terdiri daripada pensyarah dan staf UiTM dari pelbagai negeri seramai 23 orang kesemuanya.

Rata-rata peserta yang hadir mempunyai pengetahuan asas dalam bidang programming dimana ia sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan kursus ini. Kursus dimulakan dengan pengenalan perisian atas talian yang boleh mencipta aplikasi mobil iaitu MIT App Inventor.

 

Peserta membentangkan Aplikasi yang telah dibangunkan

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Pembangunan Aplikasi Mobil menggunakan MIT App Inventor/ AppyBuilder/ Kodular
  • Install dan guna AI Companion untuk menguji aplikasi
  • Latihan Speect to Text/ Text to Speech
  • Barcode Scanner
  • Web Apps
  • Location Aware App
  • Push Notification

Rumusan Kursus

Selain MIT App Inventor, peserta juga diajar cara menggunakan AppyBuilder dan juga Kodular. Walaupun masa yang diberi hanya lah 2 hari sangatlah singkat, namun peserta menerima banyak ilmu daripada cikgu Jafar. Semoga ilmu yang diterima dapat dikongsi dan digunakan untuk masa akan datang. Syabas dan tahniah dari kami team #sifoodotcom dan semoga kita berjumpa lagi…

Foto Sekitar Kursus

1 thought on “Kursus Mobile Apps Development in Education”

  1. Asslamualaikum.

    Saya amat berminat mengikuti kursus Mobile Apps seperti ini. Saya ada cita-cita untuk menghasilkan satu aplikasi pendidikan kepada pelajar saya. Saya berharap pihak Sifoo.com dapat mengadakan lagi krusus seperti ini di lain hari, memandangkan saya terlepas mengikutinya.

    Semoga pihak sifoo.com dapat pertimbangkannya.
    Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top