Kursus Joomla! Untuk Laman Web Kerajaan @ KKMM

  • Tajuk: Joomla! Untuk Laman Web Kerajaan 
  • Tahap: Pertengahan
  • Tarikh: 18-20 November 2019
  • Tempat: Kementerian Komunikasi & Multimedia, Putrajaya
  • Peserta: 16 orang
  • Pengajar: Ammar Idris
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri

Selama 3 hari team #sifoodotcom berada di Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM), Putrajaya bagi mengendalikan Kursus Joomla! Untuk Laman Web Kerajaan- Tahap Pertengahan. Seramai 16 orang peserta hadir yang terdiri daripada staf KKMM, IPPTAR, RTM, JAPEN dan juga FINAS.

Ternyata peserta yang hadir memang mempunyai asas dalam pembangunan Laman Web Kerajaan untuk Kursus Joomla! bagi tahap pertengahan ini. Peserta bermula dengan memasang Extensions Templates, Components, Module dan Plugins. Tujuan pemasangan adalah supaya dapat memudahkan proses membangun dan mengendalikan laman web.

Peserta sedang membangunkan Laman Web

Dengan tunjuk ajar dari cikgu Ammar Idris, peserta dapat membuat latihan dengan jayanya. Pelbagai tips-tips yang dapat dikongsikan kepada peserta, terutama mengenai garis panduan dan pekeliling MAMPU.  

Selain itu juga, semua soalan atau kemusykilan yang diajukan kepada cikgu dapat dijawab dengan mudah. Sempat juga dikongsikan cara untuk Backup dan Restore serta kemaskini versi terkini Joomla!.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Membangun serta mengendalikan laman web
  • Memasang Extensions Templates, Components, Modules & Plugins
  • Membuat Backup dan Restore
  • Mengemaskini versi terkini Joomla!
  • Memastikan laman web mengikut garis panduan dan pekeliling MAMPU

Rumusan Kursus

Alhamdulillah kursus ini berjalan lancar selama 3 hari di KKMM. Tahniah kami ucapkan kepada peserta, dan terima kasih kepada KKMM kerana sekali lagi menjemput kami #sifoodotcom sebagai tenaga pengajar. 

Semoga ilmu yang disampaikan dapat dikongsi dan digunakan sebaiknya. Semoga kita berjumpa lagi di sesi akan datang.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *