Kursus Reka Grafik di #SIFOODOTCOM

Anda sedang mencari kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam reka grafik? Atau, anda keliru…tak pasti tajuk kursus yang mana bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda?

Ok. Kami di #SIFOODOTCOM ada menyediakan beberapa kursus pendek yang menarik untuk anda. Kami boleh bantu anda memilih tajuk kursus yang sesuai dengan anda.

Senarai Tajuk Kursus Reka Grafik

  • Reka Grafik: Adobe Photoshop
  • Reka Grafik: Adobe Illustrator
  • Reka Grafik: Affinity Photo
  • Reka Grafik: Affinity Designer
  • Reka Grafik: Affinity Publisher
  • Reka ePoster dan Infografik: Microsoft PowerPoint
  • Reka Grafik Bahan Promosi Digital: Microsoft PowerPoint
  • Reka Infografik: Adobe Illustrator
  • Reka Infografik: Affinity Designer
  • Reka Grafik Promosi (Cetakan): Adobe Photoshop & Illustrator
  • Reka Grafik Promosi (Cetakan): Affinity
  • Reka Grafik Promosi (Media Sosial): Adobe Photoshop & Illustrator
  • Reka Grafik Promosi (Media Sosial): Affinity
  • Reka Grafik Promosi Mengguna App Percuma

Ha…ada banyak tajuk yang kami boleh anjurkan untuk anda. Lagi banyak, lagi pening nak pilih?

Bagaimana Nak Pilih Tajuk Kursus Yang Sesuai?

Sebenarnya, anda boleh pilih mengikut keperluan dan kesesuaian kemahiran. Kemahiran itu bermaksud, adakah anda seorang pemula (beginner) atau agak mahir (intermediate), adakah anda ingin belajar sampai jadi pakar (expert) atau sekadar nak tahu buat dengan pantas, asalkan kerja siap…

Untuk tahap pemula (beginner):

  • Pilih perisian yang mudah seperti Microsoft PowerPoint, atau App percuma dalam smartphone.
  • Disarankan juga memilih perisian Affinity kerana ianya mudah dan murah. Hanya RM199 per perisian untuk seumur hidup.

Untuk tahap pertengahan – lanjutan (intermediate – advance):

  • Biasanya bolehlah pilih perisian Adobe sebab ia adalah tahap industry-standard.
  • Affinity juga tak kurang hebat dan semakin mencabar Adobe kerana fungsinya yang hebat tapi harga murah.
  • Microsoft PowerPoint dan App percuma tak sesuai untuk tahap lanjutan.

Ikut keperluan kerja anda:

  • Jika anda seorang usahawan yang ingin menghasilkan grafik untuk tujuan promosi secara online (digital) tetapi tidak mempunyai asas dalam reka grafik, boleh pilih tajuk kursus yang menggunakan Microsoft PowerPoint atau App percuma.
  • Jika anda terlibat dengan kerja grafik yang lebih advance, sila pilih tajuk yang menggunakan perisian Affinity atau Adobe.
  • Microsoft PowerPoint tak berapa sesuai untuk grafik cetakan terutamanya yang bersaiz terlalu besar seperti iklan banner dan bunting.

Sertai Kursus Kendalian SIFOODOTCOM

Anda boleh sertai kursus dengan memilih tarikh dan tajuk kursus di kalendar kursus kami yang berada di https://training.sifoo.com/daftar.

Atau, kami boleh memenuhi jemputan untuk mengendalikan kursus di tempat anda secara in-house training. Ke mana sahaja dalam Malaysia (luar Malaysia pun boleh juga…) kami akan pergi. Biasanya, lebih berbaloi jika panggil kami untuk kendalikan kursus secara berkumpulan 10 peserta hingga 40 peserta, bergantung kepada bajet serta tajuk kursus serta kesesuaian ruang tempat kursus.

Untuk menjemput kami, anda boleh menghubungi kami di:

  • Emel: kursus@sifoo.com
  • Telefon / Whatsapp: 012-6867085
  • Telefon Pejabat: 03-8408  1348 / 03-9055 4002 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *