Kursus-Kursus Grafik Multimedia Sepanjang Januari 2020 di #sifoodotcom

Tahun demi tahun, pihak kami di #sifoodotcom tidak akan pernah jemu dalam menjadi syarikat yang menawarkan pelbagai kursus-kursus yang berkaitan dengan grafik dan multimedia. Sekalipun perkhidmatan kami adalah sangat aktif di sektor-sektor kerajaan, kami juga bertungkus lumus untuk mengadakan bengkel-bengkel yang sama di pejabat kami sendiri dengan tujuan untuk penyertaan secara terbuka oleh orang awam.

Kerana itu kami sentiasa melihat keperluan dan permintaan yang anda untuk menysun bengkel-bengkel yang menarik.

Jadi, apa yang menarik untuk bulan Januari 2020?

Disini kami senaraikan tajuk-tajuk/topik-topik yang menarik yang sudah ditetapkan di bulan ini, dan sudah menerima untuk pendaftaran secara online di training.sifoo.com/daftar.

 

Januari : Minggu Pertama

Sebagai permulaan, kami bawakan topik mudah dan menarik pada 11 hingga 12 Januari (Sabtu & Ahad) ini. Topik yang dibawakan adalah:

Bengkel Reka Montaj Video Aeasy 2.0 di Adobe After Effects.

Dengan setiap pendaftaran, para peserta akan mendapat secara percuma skrip After Effects Aeasy 2.0 yang sangat lumayan, hadiah daripada trainer kami sendiri iaitu Sifoo Adli Abdul Rahman. Skrip ini menjadi kegembiraan para peserta kami dari kursus-kursusu sebelum ini lagi memandangkan ia memudahkan banyak perkara dalam menghasilkan video yang menarik.

Januari: Minggu Kedua

Semestinya dengan pertambahan setiap minggu, akan ada banyak lagi ruang untuk topik-topik menarik yang lain. Minggu ini adalah minggu yang sesuai untuk menguasai pelbagai software-software design yang popular ataupun baharu untuk memantapkan kemahiran design anda.

Berikut adalah topik-topik menarik yang tersenarai dalam minggu kedua Januari 2020 ini:

  • Suntingan Video: Adobe Premiere Pro: Tahap 1 ( 13-14 Januari 2020)
  • Kursus Reka Montaj Video Aeasy 2.0 (13-15 Januari 2020)
  • Fotografi: Pro Kamera Tahap 1 (16-16 Januari 2020)
  • Bengkel Adobe Indesign Zero (18 Januari 2020)
  • Bengkel Adobe Illustrator: Power Basic Layout (18 Januari 2020)

Januari: Minggu Ketiga

Tercari-cari kursus berkaitan Adobe Photoshop?

Teringin nak hasilkan video yang menarik dengan hanya menggunakan smartphone?

Ingin dalami lebih lanjut berkaitan Fotografi/Videografi menggunakan kamera DSLR?

Terlepas tarikh untuk bengkel Adobe Ilustrator sebelum ini?

Ya minggu ketiga juga padat dengan kursus-kursus menarik:

 

  • Bengkel Reka Grafik: Adobe Photoshop: Tahap 1 (20-21 Januari 2020)
  • Smartphone Videography: Tahap 1 (22-23 Januari 2020)
  • Fotografi Videografi DSLR: Tahap 1 (22-23 Januari 2020)
  •  Reka Grafik Adobe Illustrator: Tahap 1 (22-23 Januari 2020)

Januari: Minggu Keempat

Penutup Januari kali ini kami bawakan sedikit keunikan untuk semua yang ingin menghasilkan design grafik yang menarik dan mudah dengan hanya menggunakan software yang pastinya  sudah menjadi kebiasaan orang ramai tentangnya iaitu MS PowerPoint.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk menghasilkan poster-poster atau bahan kandungan grafik yang menarik untuk promosi atau content social media.

Ini antara topik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan diluar sana yang ingin belajar menghasilkan design grafik dengan mudah, tetapi memukau untuk media sosial mereka.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai Bengkel Grafik Promosi Mudah: MS PowerPoint ini memandangkan akan ada banyak teknik-teknik menarik yang mungkin anda sendiri terlepas pandang di dalam software hebat ni.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top