Bengkel Adobe Illustrator: Bermula Zero

  • Tajuk: Bengkel Adobe Illustrator: Bermula Zero
  • Tarikh: 8 Februari 2020
  • Tempat: Sifoo Art & Multimedia Training Centre, Sungai Besi, KL
  • Peserta: 16 Orang
  • Pengajar: Cikgu Haziq Hissham
  • Pembantu: Syafiq Azman

Telah berlangsung di pejabat rasmi #sifoodotcom, Bengkel Adobe Illustrator: Bermula Zero buat pertama kalinya untuk tahun 2020 ini pada 8 Februari 2020.

Bengkel seperti ini pernah diadakan berulang kali pada tahun lepas sebagai memberi peluang kepada lebih ramai orang di luar sana untuk mempelajari software Adobe Illustrator ini dengan betul, sekalipun tidak pernah guna software ini sebelum ini.

Atas permintaan yang menggalakkan, bengkel seperti ini sudah disusun kembali pada tahun ini. Harga pelaburan ilmu untuk software ini hanyalah RM30 sahaja. Ini adalah sesi pengenalan untuk mengenali software Adobe Illustrator dengan lebih baik dan lebih yakin.

Bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dari #sifoodotcom iaitu Cikgu Haziq Hissham, peserta kelihatan sangat gembira dan santai sahaja sepanjang sesi bengkel berlangsung. Malah, latihan secara praktikal membolehkan para peserta untuk terus membiasakan diri dengan software ini setelah diberikan sedikit teori tentang kaedah bermula dengan software ini.

Peserta sangat gembira dengan pembelajaran secara praktikal

Walaupun bengkel ini berlangsung hanya selama 5 jam, masa ini dimanfaatkan sebaiknya dengan menggunakan modul yang sesuai untuk tahapan para peserta.

Di #sifoodotcom, setiap tahap memiliki modul dan kaedah yang tersendiri. #Sifoodotcom sememangnya memiliki kursus-kursus lanjutan daripada bengkel bermula zero seperti ini.

Melihat kepada permintaan para peserta dan kelapangan waktu yang ada untuk dislotkan di dalam jadual #sifoodotcom.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Pengenalan asas design grafik
  • Mengetahui software-software grafik dan kegunaannya
  • Mengenali Antaramuka (Interface) software Adobe Illustrator
  • Mencipta Dokumen Baharu (New Document) untuk design
  • Pengendalian Asas Adobe Illustrator
  • Menggunakan beberapa tools untuk menghasilkan grafik
  • Mengetahui kaedah mendapatkan sumber grafik dengan betul
  • Kaedah Save File dan Export File dengan betul

Rumusan Bengkel

Kebanyakan peserta yang hadir dalam bengkel ini memberikan respon yang baik kepada pihak #sifoodotcom. Sesi yang kami bawakan ini adalah untuk memberikan semangat dan keyakinan kepada ramai orang di luar sana untuk mengenali dan menggunakan software dengan baik untuk menghasilkan design grafik.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top