Bengkel Grafik Affinity Designer: Bermula Zero

Bengkel Affinity Designer semakin mendapat perrhatian dari pelbagai pihak. Software alternatif kepada Adobe Illustrator ini menjadi tumpuan kebanyakan designer kerana memiliki features yang hebat dan mampu menghasilkan design grafik yang menarik.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan berkongsi cara bermula menggunakan software Affinity Designer ini.

Tenaga pengajar untuk bengkel kali ini adalah Syafiq Azman dari #sifoodotcom sendiri. Beliau dikenali sebagai team #sifoodotcom yang aktif berkongsikan tips dan tutorial menggunakan software Affinity Designer ini.

Modul yang dibawakan adalah sangat mudah dan santai untuk difahami. Latihan secara praktikal juga menjadi keutamaan kami di #sifoodotcom untuk memastikan proses pembelajaran menjadi lebih aktif dan berkualiti.

 

Gambar Menarik (Contoh Menarik Oleh Trainer)

Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta kelihatan sangat seronok dan gembira apabila mengetahui satu persatu teknik dan tool yang boleh digunakan untuk menghasilkan design.

Ada beberapa peserta yang merupakan designer yang biasa dengan penggunaan software keluaran Adobe untuk design, sangat kagum dengan features yang ada dalam Affinity Designer ini. Malah mereka juga berpendapat bahawa Affinity Designer ini adalah alternatif yang terbaik untuk pemula yang ingin mendapatkan software design mampu milik dengan output design yang cukup hebat.

Apa Yang Peserta Belajar?

  •  Mengenali Antaramuka (interface) Affinity Designer
  • Pengenalan kepada Ruang Kerja (Workspace)
  • Mengetahui cara menetapkan Dokumen Baru (New Document)
  • Mengetahui kegunaan Alat (Tools) 
  • Cara bekerja dengan Panel-Panel (Panels)
  • Teknik memasukkan gambar (Place Image)
  • Pengendalian Layers
  • Pengendalian Asas (Basic Operation)
  • Penggunaan Layer Mask

Rumusan Bengkel

Bengkel ini berjalan dengan lancar dan sangat santai. Modul yang dikongsikan adalah sangat sesuai dan memenuhi keperluan dan kesempatan masa yang ada.

Apapun semoga para peserta terus aktif bertanya di dalam group support sekiranya terdapat sebarang persoalan.

Insyaallah kami di #sifoodotcom akan cuba tetapkan bengkel lanjutan yang lebih menarik untuk Affinity Designer ini. Nantikan dan terus follow kami di semua platform online yang ada.

Foto Sekitar Kursus

Antara Latihan Peserta

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top