Bengkel Grafik Adobe Photoshop: Bermula Zero

Bengkel Grafik Adobe Photoshop: Bermula Zero berjaya diadakan buat pertama kalinya pada tahun ini, semalam 23 Februari 2020 di pejabat #sifoodotcom.

Photoshop merupakan software yang sudah tidak janggal lagi didengari oleh kebanyakan orang sebagai software yang digunakan untuk menghasilkan design poster, photomanipulation, edit gambar dan bermacam-macam fungsi yang lain.

Kebanyakan orang akan mempelajari Photoshop ini melalui tutorial-tutorial yang ada di dalam Youtube atau di website-website secara online. Perkara ini adalah tidak salah.

Namun, kebiasaannya, tanpa permulaan yang betul, fungsi-fungsi tertentu di dalam Photoshop akan terlepas pandang, sehingga terkadang, proses menghasilkan design menjadi sedikit rumit berbanding jika dilakukan dengan sepatutnya.

Untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengenali Adobe Photoshop dengan langkah bermula yang betul dan mudah, team #sifoodotcom telah memperkenalkan bengkel yang dibuat khas untuk mengajar Photoshop ini, bermula dari zero.

Mungkin ada diluar sana yang teringin nak belajar software design hebat ini, tetapi tidak berapa faham dengan pembelajaran secara online. Atau mungkin ada yang pernah belajar, tetapi belajar sendiri sahaja dan tidak terlalu mahir secara menyeluruh. Atau mungkin ada yang sekadar ingin mencipta hobi baru dari software ini.

Bersama tenaga pengajar yang biasa dikenali dengan perkongsian tips dan tutorial design menggunakan Adobe Photoshop, Syafiq Azman menjadi tenaga pengajar untuk bengkel dengan topik ini. 

Kebanyakan peserta yang hadir adalah mereka yang benar-benar zero dan ingin mengenali Photoshop dengan betul. Ada juga peserta yang berkongsikan pengalaman mereka yang biasa menggunakan design dengan menggunakan aplikasi smartphone yang mempunyai pelbagai template yang menarik dan mudah digunakan.

Peserta diajar menggunakan tools asas terlebih dahulu untuk hasilkan design poster

Bengkel yang berlangsung selama 5 jam ini padat dengan langkah bermula dengan betul. Peserta didedahkan secara satu persatu di dalam bengkel berkaitan fungsi atau perkara-perkara penting yang mereka perlu ketahui sebagai pemula kepada Photoshop.

Sebanyak 5-7 latihan praktikal mereka buat untuk terus membiasakan diri dan terus mempraktikkan ilmu yang dikongsikan.

Peserta kelihatan teruja dan sangat seronok sepanjang bengkel berlangsung. Mereka juga aktif bertanya dan sangat teruja dengan latihan-latihan praktikal seterusnya.

Apa Yang Peserta Belajar?

  •  Mengenali Antaramuka (interface) Photoshop
  • Pengenalan kepada Ruang Kerja (Workspace)
  • Mengetahui cara menetapkan Dokumen Baru (New Document)
  • Mengetahui kegunaan Alat (Tools) 
  • Cara bekerja dengan Panel-Panel (Panels)
  • Teknik memasukkan gambar (Place Image)
  • Pengendalian Layers
  • Pengendalian Asas (Basic Operation)
  • Penggunaan Layer Mask

Rumusan Bengkel

Peserta dilihat berjaya memahami dan mempraktikkan segala ilmu yang dikongsikan dalam sesi latihan yang dibuat. Mereka sempat hasilkan beberapa poster dan edit gambar menggunakan tool-tool asas yang dikongsikan.

Apapun, semoga para peserta terus membuat latihan sendiri setelah bengkel berakhir. Setiap peserta dimasukkan ke dalam group whatsapp untuk berdiskusi, bertanya atau mendapat sebarang perkongsian baharu daripada #sifoodotcom.

Manfaatkan peluang yang ada bersama #sifoodotcom untuk tingkatkan kemahiran yang ada untuk menghasilkan design yang baik. Semoga bertemu lagi di dalam bengkel yang akan datang. Insyaallah, jika mempunyai tarikh dan permintaan yang sesuai, Adobe Photoshop Tahap “Power Basic” akan diadakan. 

Foto Sekitar Kursus

Antara Poster Latihan Bengkel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top