Kursus Grafik Adobe Photoshop: Tahap 1

  • Tajuk: Kursus Adobe Photoshop: Tahap 1
  • Tarikh: 25-26hb Februari 2020
  • Tempat: Sifoo Art & Multimedia Training Centre, Sg Besi, KL
  • Peserta: 6 Staf Uitm 1 dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Pengajar: En Imran Abdul Jabar

Telah berlangsung selama 2 hari di pejabat #sifoodotcom untuk Kursus Adobe Photoshop: Tahap 1. Kursus ini dihadiri oleh 6 kakitangan UiTM yang bekerja di bahagian informasi dan penerbitan. Manakala seorang peserta lagi adalah merupakan seorang doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mereka yang hadir ini majoritinya tidak pernah guna Photoshop atau kurang mahir dengan tool-tool yang baharu.

Mereka sangat bertuah kerana dapat belajar secara langsung dengan En Imran Abdul Jabar yang merupakan founder kepada #sifoodotcom dan sememangnya sudah berpengalaman luas dengan penggunaan Adobe Photoshop ini.

Dr Fairuz sebagai salah seorang peserta tekun dengan latihan yang sedang dibuat

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta sangat tekun dan sangat kreatif menghasilkan design-design latihan yang diberikan. Mereka semakin yakin untuk mencuba sesuatu yang baharu dari apa yang telah diajarkan kepada mereka.

Modul Adobe Photoshop Tahap 1 ini sangat seronok memandangkan para peserta akan sempat melakukan beberapa jenis photo editing yang menarik dalam masa yang tersedia.

Pembelajaran secara praktikal dari sedikit demi sedikit teori yang dikongsikan, memudahkan para peserta untuk memahami penggunaan software ini dengan lebih baik.

Rumusan Kursus

Di akhir kursus ini, peserta sangat berpuas hati dan sangat yakin untuk menggunakan Photoshop ini. Ada juga peserta yang mula bertanyakan sesi lanjutan yang akan mereka pelajari pada tahap 2 dan tahap 3.

Apapun semoga para peserta terus lakukan latihan demi latihan supaya apa yang dipelajari tidak akan mudah lupa pada keperluan design berikutnya.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top