Kursus Reka Montaj: After Effects @INSTUN

  • Tajuk: Reka Montaj: Adobe After Effects @INSTUN
  • Tarikh: 28-30 Januari 2020
  • Tempat: Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),Tanjong Malim, Perak
  • Peserta: 10 staf INSTUN
  • Pengajar: Mohd Adli Abd Rahman
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Bin Samsuri

Selama 3 hari #sifoodotcom berada di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),Tanjong Malim, Perak bagi mengendalikan kursus Reka Montaj: Adobe After Effects. 

Kali ini dengan tambahan AEasy Script, peserta dapat membuat montaj video dengan lebih mudah dan cepat. Namun peserta masih diberi pendedahan tentang penggunaan keyframe dalam montaj video.

Gambar Menarik (Contoh Menarik Oleh Trainer)

Walaupun ada peserta tidak pernah menggunakan perisian ini, mereka begitu teruja untuk mempelajari teknik-teknik yang diajar oleh tenaga pengajar.

Alhamdulillah selama 3 hari, para peserta dapat ikuti dengan baik bagi menghasilkan semua latihan montaj video. Peserta juga tidak segan bertanya sekiranya menghadapi masalah semasa membuat latihan.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas After Effects
  • Panel, Composition, Layer & Transform
  • Keyframe – Overview
  • Precomp
  • Orientation
  • Graph Editor
  • Camera & Depth Field
  • AEasy Panel
  • Mask to Layer
  • Reposition Anchor Point
  • Stragger Selected Layers
  • Mask Images
  • Cut Sliding
  • Mask Stroke
  • Custom Transition
  • Split Screen
  • Render Project 

Rumusan Kursus

Terima kasih kepada ketua program kursus yang membantu melancarkan sebarang keperluan peserta sepanjang kursus. Memantau sesi kursus, makan minum para peserta dan lain-lain lagi. 

Semoga para peserta terus berjaya dan produktif dalam kerjaya masing-masing. Yang penting, jangan segan bertanya dengan pihak kami berkaitan kursus tempoh hari.

Insyaallah, jumpa lagi pada sesi yang akan datang.:)

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top