Reka Laman Web: WordPress @ICTJB

  • Tajuk: Reka Laman Web Menggunakan WordPress
  • Tarikh: 25-27hb Feb 2020
  • Tempat: Bahagian Sains Teknologi & ICT Negeri Johor, Kota Iskandar, Johor
  • Peserta: 13 staf Kerajaan Johor
  • Pengajar: Syahril Zulkefli
  • Pembantu: Haafiz Aliy

Hari ini kita boleh jumpa pelbagai jenis Content Management System (CMS) yang boleh digunakan bagi mewakili keberadaan organisasi kita, ataupun diri kita sendiri di alam maya. Kesemuanya mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing.

Penggunaan WordPress bukanlah sesuatu yang asing lagi di kalangan pembangun web di seluruh dunia. Cara pengendaliannya yang mudah dan mempunyai banyak ‘plugin’ tambahan mampu memberikan hasil yang menarik.

Kali ini #Sifoodotcom berpeluang mengendalikan Kursus Bina Laman Web menggunakan WordPress di ICT Johor. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini memberi fokus kepada cara membina web daripada ‘zero’ menggunakan aplikasi sokongan yang sangat mudah. “Even you ada simple knowledge tentang website pun you dah boleh buat satu website yang cantik..”. Lebih kurang begitulah harapan yang nak disampaikan.

Bina Laman Web dengan WordPress

Rata-rata peserta yang ditanya pernah bina dan mengendali laman web sebelum ini, namun mereka menggunakan CMS selain WordPress. Maka kursus ini sangat bertepatan dengan keperluan mereka apatah lagi trainer #Sifoodotcom En. Syahril mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembikinan dan pengendalian lama web.

Walaupun terdapat beberapa peserta yang agak ketinggalan, namun mereka mudah memahami perkara yang disampaikan apabila diterangkan sekali lagi. Malah kebanyakkan peserta sangat ‘advance’. Ajar sekali, terus boleh buat.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Cara memasang perisian WordPress dan perisian sokongan yang sangat memudahkan kerja bina laman web.
  • Cara mencipta page dan post menggunakan Elementor.
  • Bagaimana untuk membuat carian dan memasang plugin yang sangat berguna.
  • Cara memilih dan mendapatkan theme yang terbaik sesuai keperluan.

Rumusan Kursus

Kursus berjalan dengan sangat baik sejak dari hari pertama sehingga selesai. Setiap peserta telah memahami asas pembinaan laman web dan berjaya membina laman web yang bukan ‘biasa-biasa’.

Semoga perkongsian ini boleh membantu para peserta kursus membina dan mengendalikan laman web jabatan masing-masing dengan lebih baik. Tidak cukup hanya baik, malah sangat menarik!

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top