Fast Track Microsoft PowerPoint @ICTJB

  • Tajuk: Fast Track Microsoft PowerPoint
  • Tarikh: 23 & 24hb Feb 2020
  • Tempat: Bahagian Sains Teknologi & ICT Negeri Johor, Kota Iskandar, Johor
  • Peserta: 30 staf Kerajaan Johor
  • Pengajar: Haziq Hissham
  • Pembantu: Haafiz Aliy

Jika anda belum ada asas menggunakan perisian reka grafik yang canggih seperti Adobe Illustrator, tapi bos minta anda siapkan satu poster ringkas dengan kadar segera, anda tak perlu pening kepala dulu. Kita belajar secara ‘fast track’ , bagaimana nak jadi designer secara tiba-tiba!

Ini merupakan kali pertama #Sifoodotcom dijemput mengadakan Kursus Microsoft PowePoint di ICT Johor. Fokus utama kursus kali ini ialah memperkenalkan fungsi-fungsi tools yang ada, supaya para peserta mampu menghasilkan e-poster yang menarik secara pantas dengan hanya menggunakan Microsoft PowerPoint!

 

Peserta kursus sedang fokus menyiapkan tugasan.

Trainer kita Cikgu Haziq sangat berpengalaman menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Beliau telah membuat dan menjual banyak template persembahan PowerPoint sebelum ini. Maka tak hairanlah jika beliau mampu menyampaikan modul ini dengan baik.

Hasil dari perbincangan dengan pihak penganjur, modul PowerPoint kali ini mesti di tahap asas supaya sesuai dengan tahap pengalaman para peserta. Kuiz ringkas yang dijalankan di awal kursus juga menunjukkan para peserta belum menguasai perisian ini dengan baik.

Hasilnya, para peserta kursus dapat mengikuti semua langkah yang diajar dari awal. Mereka mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas menyusun & mempersembahkan maklumat secara berkesan.
  • Pengenalan kepada tools PowerPoint yang berguna untuk menghasilkan e-poster.
  • Cara membuat carian grafik dan gambar dari sumber percuma dan legal di internet.
  • Cara menghasilkan e-poster hebahan yang ringkas, menarik dan pantas!

Rumusan Kursus

Walaupun tempoh yang dinyatakan untuk kursus kali ini ialah 2 hari, namun peserta yang hadir adalah peserta yang berlainan untuk hari pertama dan hari berikutnya. Dengan erti kata lain, modul kursus ini hanyalah untuk satu hari dan semua peserta mampu mengikutinya dengan baik. Tahniah!

Semoga ilmu yang disampaikan dapat dipraktikkan dan mampu melancarkan tugasan hakiki para peserta di jabatan masing-masing.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top