Kursus Suntingan Video: Filmora

  • Tajuk: Kursus Suntingan Video: Filmora
  • Tarikh: 8 – 9 Julai 2020
  • Tempat: Hotel Pantai Puteri, Melaka
  • Peserta: 20 Peserta + 10 peserta “Online” dari Jabatan Alam Sekitar
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar
  • Pembantu: Syamiroul Azizi bin Samsuri
Sesi Pengenalan dan Pendaftaran peserta di UNI.SIFOO.COM

Wondershare Filmora adalah satu aplikasi suntingan video yang semakin mendapat perhatian oleh pengguna komputer dan juga telefon pintar kerana ia sangat mudah, ringan dan efektif. Filmora sangat mudah dikendalikan walaupun tiada pengalaman menyunting video.

Kali ini team #sifoodotcom dijemput lagi sekali untuk berkongsi ilmu mengenai Suntingan Video menggunakan Filmora. Kursus ini berlangsung selama 2 hari dan bertempat di Hotel Pantai Puteri, Melaka. Kursus ini dianjurkan sepenuhnya oleh Jabatan Alam Sekitar. Seramai 20 orang peserta mengikuti kursus ini secara offline dan hampir 10 orang yang megikuti secara online

Sesi Pembelajaran Filmora

Kursus ini bermula selepas semua peserta hadir samada secara offline ataupun online. Peserta diminta mendaftar masuk di uni.sifoo.com untuk mendapatkan segala bahan dan modul pembelajaran kursus secara online. 

Kemudian peserta didedahkan dengan pelbagai sumber percuma yang boleh didapatkan di internet bagi mengelakkan daripada dikenakan isu hakcipta. Tanpa melengahkan waktu, peserta mula menggunakan perisian Filmora. Bagi sesi pagi, peserta dikenalkan dengan fungsi-fungsi utama dalam Filmora.

Peserta mula menyunting video di Filmora

Bagi sesi petang, peserta sudah mula menggunakan perisian Filmora. Di akhir kursus mereka perlu menyiapkan dan menghantar video untuk melihat keberkesanan kursus. Setiap wakil dari negeri akan menghantar satu video pada esok hari. Jadi sesi petang dan malam, mereka perlu menyiapkan video tersebut. 

Sesi penilaian video-video yang dihantar

Sesi penilaian bermula seawal jam 10 pagi setelah semua peserta menghantar video mereka. Alhamdulillah, penerimaan peserta mengenai perisian Filmora ini sangat memberangsangkan. Setiap teknik dan tips yang dikongsikan, berjaya dipraktikkan. Sukar untuk kami memutuskan siapakah pemenangnya, kerana penganjur hanya mahukan 3 yang terbaik. 

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Sumber percuma seperti imej/video/grafik/musik dari internet.
  • Pengenalan Antaramuka dalam Filmora
  • Asas editing dalam Filmora
  • Memasukkan Effects, Transition andElements
  • Memasukkan dan edit Text and Title
  • Memasukkan Music dan menyunting Audio
  • Menstabilkan video yang bergegar – Video Stabilization
  • Membuang latar belakang hijau – Green Screen Efffect
  • Export projek menjadi video dan kongsi di media sosial.

Rumusan Kursus

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penganjur kursus yang membantu melancarkan sebarang keperluan peserta sepanjang kursus. Memantau sesi kursus, makan minum para peserta dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga, tahniah kepada peserta yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Semoga para peserta terus berjaya dan produktif dalam kerjaya masing-masing. Yang penting, jangan segan bertanya dengan pihak kami berkaitan kursus tempoh hari.

Insyaallah, jumpa lagi pada sesi yang akan datang.:)

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top