Reka e-Poster & Infografik MS PowerPoint @ICTJB

  • Tajuk: Reka e-Poster & Infografik MS PowerPoint
  • Tarikh: 28-30hb Julai 2020
  • Tempat: Bahagian Sains Teknologi & ICT Negeri Johor, Kota Iskandar, Johor
  • Peserta: 15 orang Staf dari pelbagai jabatan Kerajaan Negeri Johor
  • Pengajar: Imran Abdul Jabar
  • Pembantu: Haafiz Aliy

E-Poster atau infografik bukanlah sesuatu yang asing pada hari ini. Boleh kata hampir setiap hari ia diperlukan bagi menyampaikan info secara ringkas dan berkesan. Tapi sejauh manakah ia mampu memainkan peranannya? Betul ke mesejnya sampai? Berkesan tak?

Penghujung Jun 2020 yang lalu, sekali lagi #Sifoodotcom berpeluang hadir ke ICT Johor bagi mengisi slot latihan Reka e-Poster & Infografik menggunakan perisian yang biasa kita dengar; iaitu Microsoft PowerPoint.

Ye..anda tak salah baca. Memang hanya pakai Microsoft PowerPoint yang biasa kita buat slide presentation tu. Tapi PowerPoint sekarang dah banyak tools yang mampu bantu anda siapkan bahan hebahan yang menarik. Anda hanya perlukan sedikit panduan, bagaimana cara nak hasilkannya..

Contoh e-poster ringkas yang dibuat menggunakan MS PowerPoint

Modul kali ini dibahagikan kepada 3 sesi (hari). Agak padat tapi santai saja. Tools PowerPoint pn dah ramai yang kenal. Cuma mungkin tak kenal secara detail. Maka menjadi tugas kami menerangkan penggunaan tools yang penting supaya maksud sebenar iaitu ‘mereka e-poster & infografik’ tercapai.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas mencipta dokumen yang sesuai dengan tujuan tugasan.
  • Bagaimana menggunakan tools penting dalam MS PowerPoint
  • Asas membuat rekaan poster yang baik dan berkesan.
  • Bagaimana cara mendapatkan sumber grafik tambahan yang boleh membuatkan e-poster & infografik kita jadi lebih menarik.

Rumusan Kursus

Meskipun para peserta tidak menguasai kesemua tools yang terdapat dalam perisian MS PowerPoint, namun mereka tahu tools mana yang harus dipilih untuk menghasilkan e-poster & infografik yang jauh lebih baik berbanding rekaan sebelum ini. Malah ada yang menganggap perisian ini sahaja sudah cukup sempurna untuk menghasilkan bahan sebaran maklumat tanpa perlu mempelajari perisian grafik lain yang jauh lebih kompleks. Apapun, kami hanya berkongsi jalan sahaja, pilihan di tangan anda!

Semoga perkongsian selama 3 hari ini dapat bantu memudahkan para peserta menyiapkan tugasan hakiki mereka di jabatan masing-masing. Berjumpa lagi dalam siri-siri latihan lain di masa akan datang.

Foto Sekitar Kursus

1 thought on “Reka e-Poster & Infografik MS PowerPoint @ICTJB”

  1. Asalamualaikum, saya berminat dengan kursus yang ditawarkan, boleh email kepada saya detail kursus termasuk lokasi serta yuran penyertaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top