Smartphone Photo, Video & Infographic @KDN

  • Tajuk: Smartphone Photography, Videography & Infographic
  • Tarikh: 10 – 12 Ogos 2020
  • Tempat: Bilik Latihan ICT, KDN, Putrajaya
  • Peserta: 10 staf KDN
  • Pengajar: Azmi Zulkafli, Syamiroul Azizi Samsuri, Muhammad Syafiq Azman

Tajuk kursus kali ni adalah Smartphone Photography, Videography & Infographic. Terdapat 3 topik utama pembelajaran kursus kali ini yang akan dibahagikan mengikut hari. Hari pertama adalah pembelajaran mengenai teknik asas merakam gambar menggunakan Smartphone. Dan pada sesi petang pula peserta akan menyunting imej yang dirakam menggukan aplikasi Snapseed yang boleh didapatkan di Google Play atau Playstore di Smartphone masing-masing.

Selesai hari pertama, pembelajaran diteruskan pada hari kedua iaitu teknik merakam dan menyunting video menggunakan aplikasi VlogNow(VN). Peserta didedahkan dengan teknik rakaman video yang betul sebelum mereka memulakan tugasan merakam dan menyunting video. Oleh kerana kursus ini diadakan pada bulan kemerdekaan, peserta diminta merakamkan ucapan sempena sambutan hari kemerdekaan yang akan datang.

Peserta diberi pendedahan teknik asas merakam foto

Dan pada hari ketiga peserta belajar mengenai cara menghasilkan infografik menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Walaupun perisian ini mungkin bukan pilihan para pereka diluar sana dalam menghasilkan infografik. Namun dengan modul yang disediakan oleh #SIFOODOTCOM peserta dapat menghasilkan infografik yang menarik dan berkesan di akhir kursus ini.

Contoh hasil peserta kursus

Apa Yang Peserta Belajar?

Smartphone Photography-(Day 1)

  • Asas Fotografi
  • Seni Komposisi
  • Aplikasi Suntingan Foto
  • Flatlay Professional Styling
  • Slow-Mo (Trending)

Smartphone Videography-(Day 2)

  • Camera Movement & Angle
  • Kenali tetapan video di smartphone
  • Aplikasi percuma untuk suntingan video
  • Menyunting video menggunakan smartphone
  • Render/Export to .mp4
  • Publish to Social Media

Infographic-(Day 3)

  • Cara setting layout
  • Penggunaan asas MS PowerPoint
  • Ketahui sumber grafik yang banyak dan pelbagai
  • Penggunaan dan susunan ruang layout
  • Memilih jenis font yang sesuai
  • Memilih kombinasi tema warna
  • Menentukan jenis visual infografik yang bersesuaian
  • Memasukkan grafik vektor
  • Cipta bentuk sendiri
  • Mengeksport untuk kegunaan media sosial atau presentation
  •  Animasi poster yang menarik
  • Cara save file sebagai video atau gambar animasi

Rumusan Kursus

Peserta sangat seronok dengan modul yang dibawakan. Mereka semakin yakin dan mudah dalam meyiapkan latihan-latihan semasa kursus.

Sangat seronok apabila dapat melihat reaksi para peserta yang sangat fokus dan gembira semasa merakam foto dan video serta menghasilkan e-Poster dan Infografik di MS PowerPoint.

Semoga ilmu yang dikongsi dapat digunakan sepenuhnya untuk kerjaya masing-masing. Sehingga kita berjumpa lagi…

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top