Kursus Smartphone Videography @JBPM

  • Tajuk: Kursus Smartphone Videography @JBPM
  • Tarikh: 24-25hb Ogos 2020
  • Tempat: Bilik Anjung Ilmu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Putrajaya
  • Peserta: 20 staff & pegawai Bomba
  • Pengajar: En Ahmad Rithauddin bin Che Mat
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri

Alhamdulillah buat tahun 2020 ini, sekali lagi kami team #sifoodotcom dijemput untuk mengendalikan kursus Smartphone Videography di JBPM iaitu Jabatan Bomba & Penyelamat, Putrajaya. Seramai 20 orang peserta yang hadir mengikuti kursus ini adalah wakil daripada setiap negeri di Malaysia. 

Kursus ini berlangsung selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik dan cara rakaman video yang betul. Peserta dibantu oleh pengajar dan pembantu tenaga pengajar sepanjang sesi rakaman. Kemudian peserta diberi tugasan secara berkumpulan bagi menghasilkan video yang berdurasi 2-3 minit. 

Peserta sedang mempelajari teknik rakaman video.
Peserta sedang menyiapkan tugasan berkumpulan

Selesai sesi rakaman, sesi suntingan video diteruskan pula pada hari kedua. Hanya menggunakan smartphone, peserta berjaya menyunting video mengikut tempoh masa yang diberikan. Walaupun dengan masa yang singkat, hasilnya sangat memuaskan. Aplikasi suntingan video percuma yang kami dedahkan ialah VlogNow(VN).

Suntingan video menggunakan aplikasi percuma

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Camera Movement & Angle
  • Kenali tetapan video di smartphone
  • Aplikasi percuma untuk suntingan video
  • Menyunting video menggunakan smartphone
  • Render/Export to .mp4
  • Publish to Social Media

Rumusan Kursus

Alhamdulillah, selesai sudah kursus Smartphone Videography. Antara komen yang diterima semestinya ialah ‘Kejap nye, tak cukup la 2 hari…Kene buat seminggu kelas ni’. Seronok rasanya bila lihat peserta suka dengan modul dan pembelajaran yang kami sediakan terutama sekali semasa sesi rakaman. 

Kami berasa sangat seronok apabila dapat melihat reaksi para peserta yang sangat fokus dan gembira semasa merakam video bersama rakan sepasukan yang lain. Pelbagai telatah yang ditunjukkan oleh peserta mencuti hati kami. Keinginan mereka untuk mempelajari dan menuntut ilmu memang sangat tinggi.

Akhir sekali dari kami team #sifoodotcom, semoga ilmu yang dikongsikan dapat digunakan sepenuhnya dan teruskanlah berlatih supaya dapat menghasilkan video yang lebih baik dari semasa ke semasa. Sehingga kita berjumpa lag, byee…

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top