Kursus Reka ePoster, Infografik & Montaj: PowerPoint @NPRA

  • Tajuk: Kursus Reka ePoster, Infografik dan Montaj menggunakan MS PowerPoint
  • Tarikh: 7-9hb September 2020
  • Tempat: Dewan Serai Wangi, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)
  • Peserta: 40 orang peserta
  • Pengajar: En Muhammad Syafiq Azman & En Mohd Adli Abdul Rahman
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri

Bengkel Bahan Pendidikan dalam bentuk ePoster, Infografik dan Video menggunakan MS PowerPoint adalah pendekatan tajuk yang diminta oleh klien kepada kami. Bengkel ini bertempat di Dewan Serai Wangi, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Majoriti peserta yang hadir adalah Doktor Farmasi dari seluruh negeri di Malaysia.

Dengan objektif yang ditetapkan iaitu, peserta haruslah mampu menyediakan ePoster, Infografik dan Video yang berkesan hanya menggunakan MS PowerPoint, oleh itu kami #sifoodotcom menyediakan modul yang bersesuaian dengan tempoh kursus yang singkat itu iaitu selama 3 hari sahaja.

Peserta membuat tugasan ePoster

Ternyata dengan hasil yang ditunjukkan, kami #sifoodotcom terkejut. Dan kami dapat tahu bahawa sebenarnya ramai peserta yang hadir bengkel ini ada pengetahuan asas dalam mereka grafik. Sesi yang dikendalikan oleh tenaga pengajar En Muhammad Syafiq Azman berakhir selepas sesi pagi di hari ke-2. Dan sesi petang pula disambung oleh En Mohd Adli Abdul Rahman iaitu tenaga pengajar bagi topik Video. 

Topik Video yang dikendalikan oleh En. Mohd Adli Abdul Rahman

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Cara setting layout
  • Penggunaan asas MS PowerPoint
  • Ketahui sumber grafik yang banyak dan pelbagai
  • Penggunaan dan susunan ruang layout
  • Memilih jenis font yang sesuai
  • Memilih kombinasi tema warna
  • Menentukan jenis visual infografik yang bersesuaian
  • Memasukkan grafik vektor
  • Cipta bentuk sendiri
  • Mengeksport untuk kegunaan media sosial atau presentation
  •  Animasi poster yang menarik
  • Cara save file sebagai video atau gambar animasi

Rumusan Kursus

Alhamdulillah selesai bengkel 3 hari bersama peserta KKM. Peserta sangat seronok dengan modul yang disediakan dan mereka semakin yakin dan mudah dalam meyiapkan latihan-latihan semasa kursus.

Kami juga  sangat seronok apabila dapat melihat reaksi para peserta yang sangat fokus dan gembira dalam menghasilkan e-Poster, Infografik dan Video yang mereka sendiri tidak pernah buat gunakan MS PowerPoint.

Bengkel ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mampu atau mahir menggunakan perisian designer yang lain seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator atau sebagainya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top