Kursus Reka Montaj: After Effects @PSP

  • Tajuk: Kursus Reka Montaj Video: After Effects
  • Tarikh: 12-14hb Oktober 2020
  • Tempat: Centre of Technology for Teaching & Learning, Politeknik Seberang Prai (PSP)
  • Peserta: 20 pensyarah PSP
  • Pengajar: En Mohd Adli Abd Rahman
  • Pembantu: Syamiroul Azizi Samsuri

Team #sifoodotcom kali ni menuju ke utara pula bagi kursus Reka Montaj Video: After Effects kali ini bertempat di Centre of Technology for Teaching & Learning, Politeknik Seberang Prai(PSP) yang berlangsung selama 3 hari.

Walaupun peserta yang mengikuti kursus ini ada yang tahu dan tidak tahu asas dalam menggunakan perisian After Effects, namun dengan bantuan modul AEasy Script 2.0 mereka dapat menghasilkan animasi grafik dengan MUDAH, CEPAT dan CUN!

Penggunaan AEasy Script dalam animasi
Melihat hasil peserta kursus

AEasy Script 2.0 adalah modul yang direka khas oleh cikgu Mohd Adli Abdul Rahman kepada peserta yang mengikuti kursus bersama #sifoodotcom. Sepanjang kursus ini juga, cikgu Adli dibantu oleh cikgu Syamiroul Azizi bagi melancarkan proses pembelajaran kursus ini.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan contoh-contoh animasi yang boleh dijadikan rujukan kelak. Ramai yang bertanyakan soalan tentang bagaimana animasi yang ditunjukkan dibuat. Oleh kerana itu, cikgu Adli memilih untuk menjawab soalan mereka dengan membuat demo iaitu secara langsung bagaimana animasi-animasi tersebut dihasilkan.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Asas After Effects
  • Panel, Composition, Layer & Transform
  • Keyframe – Overview
  • Precomp
  • Orientation
  • Graph Editor
  • Camera & Depth Field
  • AEasy Panel
  • Mask to Layer
  • Reposition Anchor Point
  • Stragger Selected Layers
  • Mask Images
  • Cut Sliding
  • Mask Stroke
  • Custom Transition
  • Split Screen
  • Render Project – Adobe Media Encoder
  • Collect Files
  • Roto Brush Tool
  • Puppet Position Pin Tool
  • Tracker Panel
  • Expression Script – Looping
  • Adjustment Layer
  • Shape Layer
  • Color Correction

Rumusan Kursus

Alhamdulillah dan terima kasih kepada ketua program kursus yang membantu melancarkan sebarang keperluan peserta sepanjang kursus. Memantau sesi kursus, makan minum para peserta dan lain-lain lagi. 

Semoga para peserta terus berjaya dan produktif dalam kerjaya masing-masing. Yang penting, jangan segan bertanya dengan pihak kami berkaitan kursus tempoh hari.

Insyaallah, jumpa lagi pada sesi yang akan datang.:)

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top