Kursus 3D Modelling, Printing & Troubleshoot 3D Printer @ADTEC

  • Tajuk: Kursus 3D Modelling & Printing
  • Tarikh: 12-16hb Oktober 2020
  • Tempat: Jabatan Teknologi Polimer, ADTEC Jerantut
  • Peserta: 10 pensyarah ADTEC
  • Pengajar: Encik Sujana Mohd Rejab
  • Pembantu: Encik Azuan Failani & Encik Ahmad Shahril Sham

Kursus 3D Modelling & Printing tahap asas dan pertengahan ini berlangsung di ADTEC, Jerantut selama 4 hari. Antara perisian yang digunakan adalah Autodesk Inventor, TinkerCad, CURA serta troubleshoot 3D printer.

Sesi Merekabentuk Model 3D
Sesi Mencetak Model 3D & Troubleshoot 3D Printer

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Menggunakan Autodesk Inventor dan TinkerCad
  • Merekabentuk model 3D
  • Menggunakan Slicer (CURA)
  • Mencetak model 3D menggunakan 3D Printer
  • Mengenal bahagian-bahagian 3D Printer
  • Memikirkan logik untuk membaikpulih (asas) 3DPrinter

Rumusan Kursus

Alhamdulillah, selesai 4 hari kursus 3D Modelling, Printing & Troublshoot 3D Printer. Ternyata banyak ilmu yang disampaikan sepanjang kursus ini. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari ilmu baru yang disampaikan oleh Encik Sujana Mohd Rejab.

Kami team #sifoodotcom mengucapkan tahniah kerana berjaya menghabiskan kursus serta jutaan terima kasih kepada urusetia yang membantu melancarkan perjalanan kursus ini. Dan tidak lupa juga pembantu tenaga pengajar Encik Azuan Failani & Encik Ahmad Shahril Sham yang tidak henti membantu peserta supaya lebih memahami topik atau tajuk yang disampaikan.

Dan akhir sekali, sekali lagi diucapkan terima kasih kepada peserta yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang kursus. Kami team #sifoodotcom berharap, ilmu yang disampaikan dapat digunakan dan dipraktikkan sepanjang kerjaya anda semua. Semoga kita jumpa lagi. Bye…

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top