Kursus Online Affinity Designer dan Affinity Photo @JAPEN

  • Tajuk: Kursus Online Affinity Designer & Affinity Photo
  • Tarikh: 23-25hb Februari 2021
  • Tempat: Online ZOOM
  • Peserta: 30 staf JAPEN
  • Pengajar: Muhammad Syafiq Azman (@inisyafiqazman)
  • Pembantu: Isma

Alhamdulillah, ini adalah kursus online pertama untuk topik Affinity Designer dan Affinity Photo pada tahun ini. Meskipun kursus ini dijalankan secara online melalui platform ZOOM, penglibatan dan pembelajaran para peserta sangat baik dan berjaya memenuhi objektif kursus.

Affinity Designer dan Affinity Photo mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita sekarang sebagai alternatif kepada penggunaan software Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

Walaupun Affinity Serif ini masih baharu dan jauh sekali untuk setanding dengan produk keluaran Adobe, features dan tools yang terdapat dalam Affinity tidak ubah dapat membantu penggunanya untuk menghasilkan grafik yang menarik.

Sesi bergambar yang melihatkan wajah gembira para peserta

Kebanyakan peserta kali ini adalah daripada kakitangan JAPEN yang bertugas sebagai Pereka.

Namun. majoriti dalam kalangan mereka tidak pernah menggunakan Affinity Designer mahupun Affinity Photo. Mengikuti topik dan modul yang diajarkan oleh En Syafiq Azman, peserta sangat seronok dan masing-masing memberikan respon yang berminat untuk membeli Affinity Designer dan Affinity Photo ini.

Sudah terbiasa melakukan hasil-hasil grafik di Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator membuatkan mereka senang mengikuti modul Affinity yang dibawakan dalam kursus.

Berikut menunjukkan keputusan para peserta terhadap game Quizizz yang dilaksanakan dalam kursus untuk melihat tahap pemahaman para peserta. 

Keseluruhannya menunjukkan purata yang sangat baik dan cemerlang. Terdapat 4 peserta yang terputus talian ketika kuiz berlangsung.

Apa Yang Peserta Belajar?

  • Menguasai pengendalian asas Affinity Designer & Affinity Photo untuk
    menghasilkan reka grafik menggunakan tools yang betul.
  • Menghasilkan reka grafik layout seperti poster promosi, brochure, banner
    atau bunting dengan lebih berkesan.
  • Memilih font, warna dan komposisi layout yang baik bagi menghasilkan
    reka layout grafik yang berkesan.
Hasil salah seorang peserta pada latihan infografik pada hari ke-3 kursus

Rumusan Kursus

Kami merasa sangat berterima kasih kepada para peserta semua yang sangat aktif dan memberikan kerjasama sepanjang kursus berlangsung.

Meskipun kursus ini dilakukan secara online, penglibatan peserta yang aktif memberikan respon di ruangan chat dan bertanya secara open mic, memudahkan En Syafiq menyampaikan topik modul yang disediakan.

Malah, dari hasil peserta juga terhadap aktiviti secara praktikal yang dibuat, menunjukkan hasil yang sangat mengagumkan dan cemerlang.

Akhir kata, semoga para peserta terus konsisten dengan menggunakan Affinity Designer dan Affinity Photo dalam menghasilkan kerja-kerja di pejabat dengan lebih efektif dan menarik.

Semoga bertemu lagi di masa yang akan datang dengan topik yang pelbagai dan lebih menarik.

Foto Sekitar Kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top