Kursus Reka Grafik: Adobe Photoshop Tahap 1 di UMT, Terengganu

Memenuhi jemputan dari unit latihan UMT, #SIFOODOTCOM memanjangkan langkah ke Pantai Timur. Kursus yang dipohon ialah Reka Grafik menggunakan Adobe Photoshop, Tahap 1. Trainer kursus adalah En. Imran Abdul Jabar dan dibantu oleh En. Rushdi Samsudin.

Ruang kursus disediakan untuk 20 orang peserta dari pelbagai unit dan bahagian dalaman UMT. Ada staf akademik dan staf non-akademik. 

Alhamdulillah, kursus yang berjalan selama dua hari dari 9hb Disember hingga 10hb Disember berjalan dengan lancar. Kemudahan Makmal Komputer yang disediakan juga adalah amat baik dan selesa.

Para peserta menunjukkan minat dan memberi respons yang positif sepanjang berkursus. Banyak juga pertanyaan tentang kerja yang berkaitan. 

Terima kasih kepada Puan Karmiela yang sudi menjemput kami dan kepada Puan Lyna yang menjadi urus setia sepanjang kursus.

Kami akan ke UMT lagi pada 17hb Disember untuk kursus Smartphone Photography and Styling. 

Jumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rating*