Kursus Reka Infografik dan Montaj Video Guna PowerPoint untuk Staf MAMPU

Tajuk: Reka Infografik dan Montaj Video Menggunakan MS PowerPoint

Tarikh: 5-7hb Mac 2019

Tempat: Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Peserta: 40 staf MAMPU


Seringkali kami mendapat permintaan daripada jabatan kerajaan untuk memperkenalkan kaedah penghasilan bahan kreatif seperti ePoster atau Infografik kepada staf non-designer.

Mereka tidak perlu diajar menggunakan aplikasi yang terlalu advance seperti Adobe Photoshop atau Illustrator. Aplikasi tersebut terlalu rumit dan mereka harus menambah kos untuk membeli lesen Adobe yang mahal.

Oleh itu, kami membina satu modul kreatif bagi tujuan di atas di mana peserta akan menghasilkan reka grafik menggunakan aplikasi yang sedia ada iaitu Microsoft PowerPoint.

Poster Infografik

Rujukan Latihan #1
Rujukan Latihan #2

Apa Peserta Belajar

  • Cara setting layout
  • Penggunaan dan susunan ruang layout
  • Memilih jenis font yang sesuai
  • Memilih kombinasi tema warna
  • Menentukan jenis visual infografik yang bersesuaian
  • Mengeksport untuk kegunaan media sosial atau presentation

Alhamdulillah, respons peserta sangat baik. Ramai yang teruja dan tak sangka PowerPoint mampu digunakan untuk menghasilkan poster grafik yang menarik dan berkualiti.

Montaj Video

Seterusnya peserta dibimbing untuk menghasilkan animasi grafik (motion graphic) dalam PowerPoint. Terdapat peserta yang tidak pernah menghasilkan animasi dalam PowerPoint. Jadi, ini adalah satu pengalaman baru yang mengujakan.

Semoga sesi ini memberi manfaat kepada peningkatan kemahiran reka grafik

Suasana Kursus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rating*