Kursus Smartphone Photography And Styling di UMT, Terengganu

Sekali lagi #SIFOODOTCOM mendapat jemputan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kali ini, kami diminta untuk mengendalikan kursus bertajuk Smartphone Photography & Styling.

Info Kursus

  • Tajuk: Smartphone Photography & Styling
  • Tarikh: 17hb Disember 2019
  • Tempat: Kompleks Siswazah, UMT, Terengganu
  • Jumlah Peserta: 54 orang staf UMT
  • Pengajar: Sharmine Md Zin / Imran Abdul Jabar

Sehari Yang Meriah!

Pertama sekali, sambutan penyertaan untuk kursus ini adalah sangat meriah sekali. Seramai 54 orang staf UMT telah hadir daripada 60 tempat yang disediakan.

Syukur, Alhamdulillah bengkel bermula dari jam 9 pagi, walaupun hujan musim tengkujuh turun mencurah-curah.

Bengkel bermula dengan Imran Abdul Jabar menerangkan tentang perjalanan bengkel dan topik asas Smartphone Photography, iaitu mengenali kamera. Seperti yang dijangkakan ramai yang tak pernah menggodek menu kamera. Hanya biasa ‘shoot’ sahaja. 😉

Kemudian, bengkel diserahkan kepada Sharmine Md Zin untuk berkongsi kepakaran beliau dalam kerja-kerja rakaman gambar dengan teknik styling.

Photo Styling ialah kerja menata rias subjek yang hendak dirakam dengan susunan dan tambahan prop yang bersesuaian agar menjadi lebih menarik mengikut kehendak yang diperlukan atau ditentukan oleh klien.

Suasana sepanjang aktiviti bengkel. Peserta mendapat peluang untuk mencuba sendiri merakam gambar dengan subjek dan prop yang telah dibawa oleh #SIFOODOTCOM.

Teknik Photo Styling

Foto Produk

Contoh rakaman produk yang sesuai pengiklanan dan katalog.

Terima Kasih!

Penghargaan kepada pihak UMT yang menjemput kami bagi mengendalikan bengkel ini. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan dan menjayakan bengkel ini. Semoga segala perkongsian yang sempat dalam sehari tersebut dapat dimanfaatkan bersama.

Terima kasih kepada Pn Karmiela yang menjemput #SIFOODOTCOM ke Pantai Timur. InsyaAllah, kami berharap akan datang lagi ke Kuala Terengganu.

Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rating*