Aug 03
9:00 am - 5:00 pm

3D Modeling: Blender (Tahap 1)

Sifoo Art & Multimedia Training Center, 5-2 Jalan Tasik Utama 6, Lake Fields, Sg. Besi, KL.

Maklumat Kursus

Tajuk: 3D Modeling: Blender
Tarikh: 3 - 4 Ogos 2019
Masa:
9.00 am - 5.00 pm

Tahap: Tahap 1 / Asas
Yuran:
RM450 (Tunai) / RM500 (LO Kerajaan)
Lokasi: Sifoo Art & Multimedia Training Center, Sg. Besi, KL

Pengenalan Kursus

Kursus ini adalah pengenalan tentang asas 3D modeling menggunakan perisian Blender. 3D modeling adalah proses membentuk objek menjadi 3 Dimensi dan merupakan kemahiran awal yang wajib dikuasai. Blender adalah perisian sumber terbuka yang boleh dimuat turun dan dipakai secara PERCUMA. Ia merangkumi keseluruhan proses pembikinan animasi 3D. Kini, Blender kini sudah diguna pakai oleh syarikat-syarikat animasi 3D tempatan dan antarabangsa.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Siapa Yang Perlu Hadir?

  • Videografer
  • Staf Media / Multimedia
  • Staf Media Sosial

Perincian Kursus / Bengkel

 

Objektif / Sasaran Kursus

Di akhir kursus / bengkel ini, peserta akan mampu untuk:

  • mengendali perisian 3D Blender dengan yakin
  • menghasilkan model 3D prop
  • belajar sendiri kemahiran lain melalui sumber internet
  • menyertai kursus-kursus lanjutan seterusnnya.

Topik / Tajuk Yang Akan Diajar

  • Pengenalan kepada perisian Blender
  • Memahami ‘User Interface’ perisian
  • Menghasilkan dan mengendali model 3D primitif
  • Memahami tentang asas ‘3D Modeling’
  • Memahami & mengendali komponen asas
    penghasilan model 3D
  • Melaksanakan transformasi terhadap komponen model 3D
  • Membentuk objek melalui transformasi komponen model 3D
  • Tips & teknik kerja-kerja modeling
  • Memahami operasi ‘modifier’ dalam Blender
  • Tips ciri-ciri model 3D

Metodologi Pengajaran Kursus

  • Pembelajaran Teori
  • Latihan Praktikal
  • Demonstrasi Teknik

Bagaimana Hendak Mendaftar?

  • Klik pada butang PARTICIPATE NOW di atas.
  • Pilih jenis Kaedah Pembayaran yang berkenaan.
  • Isikan maklumat Nama, Telefon dan Emel.
  • Klik butang TEMPAH KEHADIRAN ANDA.
  • Anda akan menerima emel tentang status tempahan tempat kursus. Atau, anda boleh semak status di https://training.sifoo.com/tempahan/.
  • Tempahan tempat kursus hanya akan disahkan apabila segala maklumat dan urusan pembayaran telah disemak oleh staf kami. 
  • Maklumat tentang kaedah pembayaran boleh disemak di https://training.sifoo.com/pembayaran.
  • Sekiranya, perlu berhubung dengan staf kami, sila klik link berikut:
    http://sifootraining.wasap.my.

Download Brochure Kursus (PDF)

Sekiranya organisasi anda memerlukan brochure kursus,

  • Sila download dari link di bawah.
  • Isikan borang dalam brochure tersebut beserta dengan pengesahan majikan. 
  • Kembalikan kepada kami melalui email: [email protected],
    atau faks: 03-8408 1348.

Borang-R3D-B-T1-2H-Ogos19

 

Apa Yang Anda Dapat Dalam Bengkel Hujung Minggu?

  • Penjimatan berbanding Pakej Penuh
  • Kandungan Kursus (Sama dengan Pakej Penuh)
  • Nota & Sijil
  • Makan & Minum Tidak disediakan (Air Minum & Gula-gula sahaja)
  • Laptop / Komputer (Sila bawa sendiri)

Tenaga Pengajar

Kamal Bahrin Bin Sudin

Kamal Bahrin Bin Sudin

Pengajar Reka 3D

Berpengalaman selama 19 tahun di dalam bidang animasi 3D tempatan & antarabangsa, kini beliau  menerajui syarikat produksi animasinya sendiri iaitu Kromosomlab Sdn Bhd. 

Leave a Comment