Jan 19
9:00 am - 5:00 pm

Smartphone Photography And Styling

Sifoo Art & Multimedia Training Center, 5-2 Jalan Tasik Utama 6, Lake Fields, Sg. Besi, KL.

Maklumat Kursus

Tajuk: Smartphone Photography & Styling
Tarikh: 19 Januari 2019 (Sabtu)
Masa:
9.00 am - 5.00 pm

Tahap: Tahap 1 / Asas
Yuran:
RM150 (Tunai)
Lokasi: Sifoo Art & Multimedia Training Center, Sg. Besi, KL

Diskaun untuk penyertaan awal!
RM200 untuk 2 orang datang bersama.
Terhad untuk 5 pendaftaran pertama

Pengenalan Kursus

Dengan kemajuan teknologi telefon pintar kini, fotografi digital mempunyai satu lagi cabang alternatif bagi menghasilkan rakaman gambar yang baik, menarik dan berkualiti. Telefon pintar kini dilengkapi dengan kamera yang semakin canggih dengan resolusi yang tinggi. Ditambah pula dengan aplikasi mobile yang membolehkan pengguna menambah baik hasil rakaman.

Pengguna perlu mengenali telefon pintar masing-masing dan mengetahui keupayaan kameranya. Bagi yang tidak mahir dengan teknik fotografi, sedikit latihan serta kefahaman tentang fotografi boleh meningkatkan kemahiran bagi menghasilkan gambar-gambar yang lebih baik.

Gambar yang baik boleh digunakan dalam media sosial atau media cetak bagi tujuan penjenamaan ataupun pemasaran.

Tenaga pengajar, Sharmine mempunyai sentuhan styling yang magis. Pelajari dari beliau bagaimana hendak menyusun subjek dan prop penggambaran serta susunan pencahayaan yang sedap mata memandang.

Siapa Yang Perlu Hadir?

  • Pemilik smartphone
  • Pemilik bisnes online (produk / servis)
  • Pengusaha bisnes makanan
  • Home cook / Home chef
  • Pelajar kulinari
  • Photographer (Yang ingin tahu tentang styling)
  • Staf Media / Multimedia
  • Staf Media Sosial

Perincian Kursus / Bengkel

Objektif / Sasaran Kursus

Di akhir kursus / bengkel ini, peserta akan mampu untuk:

  • Memahami prinsip asas fotografi seperti kamera, subjek, fokus, komposisi, pencahayaan.
  • Mengenali kamera di smartphone masing-masing - spesifikasi, menu, pro setting dan fitur tambahan.
  • Menyusun subjek di lokasi penggambaran untuk mendapatkan rakaman yang mampu menarik perhatian atau menyampaikan mesej.
  • Menyusun prop bersama dengan subjek utama untuk photo styling. 
Topik / Teknik Yang Akan Diajar
  • Apa itu ‘Mobile Photography’?
  • Kenali fungsi kamera dan telefon pintar.
  • Inspirasi kreativiti dan idea fotografi
  • Teknik focusing & sudut rakaman
  • Lokasi Penggambaran (Outdoor atau Indoor).
  • Komposisi rakaman
  • Trend foto di media sosial
  • Photo Styling
  • Penggunaan props secara minimal dan maksimal.
  • Aplikasi mobile untuk penambahbaikan gambar.
  • Menerbitkan gambar ke media sosial.
Metodologi Pengajaran Kursus
  • Pembelajaran Teori
  • Latihan Praktikal
  • Demonstrasi Teknik
Bagaimana Hendak Mendaftar?
  • Klik pada butang PARTICIPATE NOW di atas.
  • Pilih jenis Kaedah Pembayaran yang berkenaan.
  • Isikan maklumat Nama, Telefon dan Emel.
  • Klik butang TEMPAH KEHADIRAN ANDA.
  • Anda akan menerima emel tentang status tempahan tempat kursus. Atau, anda boleh semak status di https://training.sifoo.com/kursus/tempahan.
  • Tempahan tempat kursus hanya akan disahkan apabila segala maklumat dan urusan pembayaran telah disemak oleh staf kami. 
  • Maklumat tentang kaedah pembayaran boleh disemak di https://training.sifoo.com/pembayaran.
  • Sekiranya, perlu berhubung dengan staf kami, sila klik link berikut:
    http://sifootraining.wasap.my.
Download Brochure Kursus

Sekiranya organisasi anda memerlukan brochure kursus,

  • Sila download dari link di bawah.
  • Isikan borang dalam brochure tersebut beserta dengan pengesahan majikan. 
  • Kembalikan kepada kami melalui email: [email protected],
    atau faks: 03-2726 8966.

Brochure: Smartphone Photography & Styling

 

Contoh Hasil Foto Yang Anda Boleh 'Expect'

Apa Yang Anda Dapat Dalam Bengkel Hujung Minggu?

  • Penjimatan Berbanding Pakej Penuh 45% 45%
  • Kandungan Kursus (Sama Dengan Pakej Penuh) 100% 100%
  • Nota & Sijil 100% 100%
  • Makan / Minum Tidak Disediakan (Air Minum & Gula2 Sahaja) 15% 15%
  • Laptop / Komputer / Kamera / Smartphone (Sila Bawa Sendiri) 0% 0%

Tenaga Pengajar

Sharmine Md Zin

Sharmine Md Zin

Pakar Photo Styling (Food Stylist)

Food stylist & Mobile photographer. Berpengalaman dalam bidang penerbitan majalah makanan dan aktif dengan freelance job berkaitan food photography untuk produk, kafe dan restoran.

[everest_review_box]

Leave a Comment