Siapa Kami

img
Tentang #SIFOODOTCOM

Kreatif Multimedia adalah Kepakaran Kami

Imran Abdul Jabar, seorang peminat seni visual dan berpengalaman dalam bidang reka grafik sejak tahun 1998 telah mewujudkan satu platform perkongsian di internet yang diberi nama Sifoo.com - Sumber Grafik & Multimedia Malaysia. Laman web Sifoo.com tersebut secara rasminya dilancarkan dalam bulan April tahun 2000. Sejak dari itu, Sifoo.com menjadi pusat rujukan tempatan bagi komuniti internet di Malaysia.

Bermula dari perkongsian online, Sifoo.com dijemput menganjurkan program bengkel latihan secara fizikal. Bengkel pertama adalah dalam tahun 2001. Sejak itu, Sifoo.com sentiasa mendapat permintaan dan jemputan bagi mengendalikan bengkel, kursus dan ceramah.

Kreatif Multimedia adalah Kepakaran Kami
Imran Abdul Jabar
Mesej dari Pengasas Sifoo.com

Training di #SIFOODOTCOM menjanjikan satu pengalaman belajar kemahiran dalam bidang multimedia kreatif yang berbeza. Modul kami disusun khas untuk pembelajaran 'fast-track', sesuai untuk terus dimanfaatkan dalam kerja, tanpa mengabaikan prinsip yang menjadi teras dalam bidang yang berkenaan.

Imran Abdul Jabar
CEO, Sifoo Art & Multimedia

Langgan Buletin

Untuk mendapatkan kemaskini kursus akan datang, sila 'subscribe' di sini